Wednesday, May 07, 2008

Politik Tipu Merosak Kaum

Kira-kira jam 10.00 malam tadi, ketika menikmati hidangan makan malam yang terlewat di Restoran Masha, Bandar Baru Ampang, Selangor, saya terlihat satu kisah yang cukup biasa, tetapi menusuk jiwa hingga terpanggil untuk diterbitkan di dalam blog ini.

Sebelum itu, saya didatangi oleh seorang lelaki tua yang bertongkat putih dan seorang wanita yang memimpinnya. Ya. Peminta sedekah cacat penglihatan yang menjadi trend di Kuala Lumpur. Umum mengetahui mereka ini didalangi sindiket. Tetapi tiada penguatkuasaan atau siasatan terperinci mengenainya dibuat oleh pihak berkuasa. Jadi, tidak perlulah untuk mencari alasan untuk tidak menderma.

Ketika tangan kanan saya sibuk menyuap makanan, saya dihampiri oleh mereka. Ya. Memang agak keterlaluan. Bagaimana saya hendak menyeluk poket yang berisi wang di poket kanan dengan tangan kiri. Namun, saya cuba mengeluarkan sejumlah syiling yang ada lalu menghulur dengan tangan kiri. Agak tidak sempurna rasanya.

Tetapi yang menjadi kisah yang hendak diceritakan ialah, bagaimana datang pula seorang lelaki cacat penglihatan yang dipimpin oleh seorang lelaki muda, kedua-duanya Melayu, dengan modus operandi yang sama, ke restoran tersebut. Mereka menghampiri seorang lelaki muda India berbadan besar yang kelihatan seperti para-para pengamuk HINDRAF di Jalan Ampang tahun lalu.

Pemuda tersebut kelihatan bingkas bangun menuju ke kaunter. Ia tidak sedar kelibatnya diperhatikan oleh saya yang agak jauh dari situ. Ia kelihatan menukar duit di kaunter bayaran, lalu memberi sedekahnya secara tertib di tapak tangan lelaki tua tersebut tanpa mengambil tisu yang dihulur oleh pengemis(?) tersebut. Lelaki tua tersebut tunduk berterima kasih dan lelaki India itu duduk kembali di mejanya.

Terfikir satu persoalan. Mengapa kaum India lebih tinggi budi bicaranya apabila bersoal tentang pahala. Tidak kiralah ia Muslim atau Hindu. Kerana, di sebuah restoran mamak yang majoriti pelanggannya pada malam itu adalah kaum Cina, hanya seorang atau tiada langsung dikalangan mereka yang mahu memberi sedekah. Benar. Kerana seluruh Kuala Lumpur tahu bahawa pengemis-pengemis(?) ini adalah golongan yang didalangi sindiket. Ataupun mereka telah senang-lenang memungut wang di kedai-kedai makan.

Tetapi mengapa lelaki India tersebut tidak berfikir soal itu. Dia juga tidak memikirkan bahawa pengemis(?) tersebut adalah kaum Melayu. Padahal iklim politik telah merosakkan hubungan kaum apabila pembangkang turun menjaguhi isu HINDRAF di jalanan tempoh hari. Banyak sentimen anti Melayu dan Parti Melayu UMNO telah disembur dijalanan dan di pusat-pusat ceramah kempen PRU yang lalu. Setiap rumah kaum India di Malaysia pasti ada bercerita tentang perkara tersebut.

Terdapat dua kebarangkalian yang boleh kita kongsi untuk difikirkan. Pertama, adakah kaum India telah kurang berpolitik di Malaysia? Tambahan pula mereka memusnahkan parti tunggal pewakil bangsa mereka semata-mata. Lalu mereka telah melupakan kisah sebelum PRU12 dan meneruskan kehidupan beragama yang sememangnya menekankan perbuatan-perbuatan baik dengan melupakan garis perkauman setelah mereka berpuas hati bahawa tangan mereka telah menggegar pentadbiran pusat yang dikepalai UMNO?

Kedua, lelaki tersebut adalah dalang kepada sindiket pengemis buta di Kuala Lumpur memandangkan lelaki India tersebut merupakan orang yang pertama didatangi oleh dua lelaki Melayu tersebut.

Kedua-duanya adalah hasil permainan politik. Tetapi di atas platform berbeza. Namun, persamaan pada dua jenis politik ini terletak atas kata " Politik Itu Penipuan Terancang " yang pada hakikatnya telah merosakkan hubungan kaum hari ini dengan semua orang berpura-pura menunjukkan harmoni itu ada.

3 comments:

  1. Apabila seseorang ingin berpolitik mempunyai matlamat tersendiri. Matlamat utama ingin berkuasa disesuatu kawasan atau peringkat negeri ataupun peringkat negara. Demi mencapai cita2 politik akan menggunakan apasahaja yang boleh meraih sokongan dari orang ramai. Kebanyakkan ahli2 politik dimalaysia suka berpolitik dengan cara kotor seperti buat tohmahan2 yang tidak berasas. Seperti yang kita lihat ahli2 politik pembangkang yang sering buat fitnah ke pihak lawan. Sedangkan rakyat inginkan ahli2 politik dapat menyelesaikan masaalah berbangkit dan dasar2 yang boleh membina kekuatan ekonomi di peringkat global yang semakin mencabar. Ini lah realiti politik malaysia yang rata2 melayu dan beragama islam yang suka buat fitnah tanpa belas, sedangkan hukum2 fitnah sangat dahsyat akibatnya disisi islam. Harap2 waktu yang mendatang ahli2 politik perjuangkan dasar2 untuk memajukan negara dan buang sifat2 buruk yang bersarang di hati.
    Terima kasih melawat blog saya, saya masih belajar lagi buat blog. Berila tunjuk ajar supaya dapat mencatikkan blog saya.

    ReplyDelete
  2. Saya mengambil cirita si lelaki India yg Tuan ceritakan, sebetulnya, menghargai adalah sangat perlu. Menerangkan sebab kenapa sikap memberi adalah tidak perlu di sini kerana semua kita memakluminya. Contohnya orangtua kita, adalah pemanjang langkah kita. Pendalam usaha kita. Banyak benda yang tak dapat kita capai tanpa pertolongan mereka, walaupun dalam beberapa hal mereka juga pendek dalam membantu. Kependekan itu mungkin adalah kelemahan, tetapi kepanjangan dan kedalaman itulah yang perlu dihargai. Yang akan menyukarkan langkah dan usaha kalau kekurangannya

    Bagaimana dengan orang yang saya sebutkan sebagai orang yang selalu memikirkan mahu memberi? Ada banyak juga perkara yang akan kita kekurangan atas sebab yang sama. Masalahnya, kita tidak cukup celik melihat semua itu. Selalu manusia menjadi buta dan rabun melihat perspektif ini. Ataupun sebenarnya masalah telah bermula sejak awal, sejak kita asyik tercari-cari sebab untuk menghargai orang lain. Atau sebetulnya, kita langsung tak terfikirkan mengenai orang lain melainkan diri kita sendiri semata-mata sehari-hari hingga tak ternampakkan apa yang melayakkan kita memberi penghargaan kepada mana-mana orang.

    Kenyataan Tuan, berpura-pura menunjukkan harmoni walaupun jauh dari sudut hati sipemberi tadi tidak mengaharapkan pembalasan, ianya ikhlas semata mata, tapi persepsi ramai org tidak dijangka itu ada adalah silap sama sekali.Untuk itu kini kita tidak lagi hidup dalam dunia kepuraan. Sebenarnya Tuan, kita, mau kecil ataupun besar, tua atau pun muda telah pandai menilai akan kebenaran. Renungkan.

    ReplyDelete
  3. Saya tertarik dengan perkataan "Melayu" yg diutarakan oleh Seri Iskandar,katanya kalau melayu tidak membela melayu, siapa lagi.

    Mari kita membincangkan sedikit tentang "Ketuanan Melayu". Perkataan "KETUANAN" tidak tertulis pun dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Yang tertulis hanya perkataan "kedudukan istimewa orang melayu", melalui Perkara 15.

    Saya begitu pelik kenapa perkataan ketuanan melayu ini acapkali di gembar-gemburkan dan diwarwarkan. Tiada KEBANGGAAN melalui perkataan "Ketuanan" itu. Apa yang saya nampak, orang Melayu sekarang ini ada sindrom lagak dan riak. Di usik sedikit, Ketuanan Melayu! Di cuit sedikit, Ketuanan Melayu!
    Melayu ini terlalu kebudak-budakan. Masih lagi bertongkatkan apa yang mereka laungkan sebagai ketuanan Melayu.

    Tun Dr Mahathir pernah menyatakan, " Orang Melayu Tidak Boleh Bertongkat Lagi". Teruskan jalan walaupun tempang. Kalau sampai bila-bila asyik bertongkat, macam mana nak maju. Negara lain maju dan membangun, kita masih lagi Ketuanan Melayu. Orang kebulan, kita? KETUANAN MELAYU!
    Kita patut malu. Akhir kalam, jangan asyik nak mencari salah orang lain. Fikir dahulu wahai Seri Iskandar sebelum berkata. Takut diri kita tertikan dek kata-kata kita yang tajam dan berbisa. Sebaiknya, kita berfikir bagaimana nak memajukan bangsa Melayu dan Malaysia. Jangan nanti kita makan pasir, dek "Menang SORAK, kampung TERGADAI.

    Merujuk pula kepada Pengerusi DAP yang dikecam oleh sesetengah pihak termasuk le Seri Iskandar, apabila beliau mengatakan bahawa Baginda Tuanku Sultan tidak mempunyai autoriti untuk melantik balik para pegawai yang dipecat, saya katakan tindakan dan pernyataan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh itu adalah satu tindakan yang betul dan tepat. Seperti yang saya katakan tadi, Sultan adalah PENASIHAT kepada hal ehwal agama dan adat istadat negeri. Baginda perlu menasihati Menteri Besar, bukan membuat keputusan.

    Implikasinya sama sahaja apabila kita merujuk kepada Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan, dimana YDP Agong hanya boleh bertindak mengikut arahan Perdana Menteri. YDP Agong hanya boleh memberi nasihat, tetapi harus pula bertindak mengikut arahan PM. Konsep perlembagaan ini harus kita fahamkan.

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).