Thursday, July 31, 2008

Inikah Yang PAS Sekutukan?

Inikah kompatriot PAS yang membuatkan PAS lebih suka untuk berkongsi kasih hingga tertutup mata dan hati untuk bersatu dengan ahli-ahli politik sebangsa dan seagama hanya kerana mereka tidak sehaluan dengan mereka? Bagaimana pula dengan mereka ini?


Untuk imej penuh, sila
klik di sini. Diambil dari blog M Kulasegaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat.

Lihatlah kerajaan bayangan yang diciptakan mereka. Irene Fernandez di letak sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (AGAMA). Teresa Kok disebut Menteri Pertanian dan Industri Asas BABI ? Bukankah ianya jelas menghina Islam. Menjatuhkan martabat orang Melayu dan sengaja mencari geruh?

Inikah teman akrab yang direstui Islam? Jika PAS boleh mengatakan bahawa ianya sekadar imaginasi DAP semata-mata, ketahuilah bahawa ini adalah sesuatu yang terbit dari lubuk hati mereka yang paling dalam. Inilah sahabat baik PAS yang mereka lebih percayai dari orang-orang Islam yang tidak sehaluan fahaman politik dengan mereka.

Ketahuilah bahawa golongan ingkar lagi mengingkari ini memang TIDAK LAYAK untuk didampingi oleh orang-orang yang mendaulatkan Islam. Nominasi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tiada yang Islam. Inikah sahabat baik PAS?

Wahai PAS, lihatlah dunia dari akal fikiran yang sebenar-benarnya. PAS telah menyimpang jauh. Kembalilah ke pangkal jalan. Jika enggan bersatu dengan UMNO, sekurang-kurangnya, JAUHILAH PAKATAN RAKYAT !! Jika PAS terus-terusan berdamping dengan DAP dan PKR, bala bencana akan jatuh kepada umat Islam Melayu keseluruhannya.

3 comments:

  1. Saya tidak sabar-sabar untuk menonton drama politik PAS dan sekutu-sekutunya dalam menjayakan agenda undang-undang Islam yang menjadi tiang seri perjuangan parti PAS.

    Karpal lena tidur ke tidak malam-malam atau langkah mayat saya dulu?

    Politicians are hypocrites and this is true to be seen either from PR or BN but at least BN is more stable than this PR thing.

    This is what I would call political dismay at the highest degree.

    Just imagine Karpal and LKS sharing the same pillow with Hadi and Nik Aziz hehehehe it is true that in politics no one will forever be your enemies. Hypocrites.

    ReplyDelete
  2. Saya dengan segala sukacitanya ingin mengajak semua rakan siber dan blogger dalam kategori berikut:-

    1. Semua Warganegara & Marhaen
    2. Anti Anwar
    3. Pro BN/UMNO
    4. Anti Pakatan Rakyat
    5. Anti DAP
    6. Anti PKR

    Kita tinggalkan perbedaan kecil antara kita buat sementara. Untuk sama-sama merapatkan barisan dan jurang. Dan bersatu hati dan tenaga. Kita wujudkan satu kesatuan pemikiran dan kesatuan tindakan. Kita ada tugas besar untuk menumpaskan Anwar Ibrahim.

    Demi negara yang tercinta. Petualang bangsa seperti Anwar Ibrahim mesti dibunuh karier politiknya. Biar dia menjadi nisan politik Malaysia dan rakyat biasa yang tiada lagi menganggu ketenteraman politik tanahair.

    Kita akan mulakan perjalanan ini satu demi satu dan Insha Allah kita akan menjadi satu pasukan yang kuat. kami di Perak Bangkit amat yakin usaha murni kita ini akn pasti mendapat keredhaan Illahi.

    Kami nantikan maklum balas daripada kalian sekalian selaku para pejuang yang budiman. Anwar adalah Musuh No.1 kepada Negara Malaysia, Agama Islam & Bangsa Melayu. Beliau mesti dihapuskan. Allahu Akbar!

    E-Mail : perakbangkit@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. yeahh Perak Bangkit, aku sokong 100%. Kome tahu tak, di kg saya kat Baling, Kedah nun, sejak dari dulu, orang UMNO ni malu dan segan nak mengaku UMNO. Jadi semua hal kat kampung tu PAS lah yang dominasi dan lantang, maklumlah mereka lebih islam dari orang lain. Orang UMNO di cap dengan macam-2 gelaran dan dipermainkan. Tapi kini, mulai saat ini aku akan gerak dan bangunkan orang kg aku supaya mereka zahirkan UMNO mereka tanpa selindung. PAS kini telah lebih teruk islam mereka dari yang dituduhkan keatas UMNO dulu (aku dah prepare alasannya).

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).