Monday, July 21, 2008

Kukuhkan Parlimen Tambun

Parlimen Tambun merupakan satu-satunya parlimen yang unik di Lembah Kinta yang dikuasai pembangkang. Terdapat dua DUN di dalam Parlimen Tambun iaitu DUN Manjoi yang dimenangi Datuk Nazri Ismail daru UMNO dan DUN Hulu Kinta yang dimenangi Datuk Rusnah Kassim juga dari UMNO.



Ahli Parlimen Tambun, Datuk Husni Hanadzlah, juga dari UMNO kini dilantik Timbalan Menteri di Kementerian Kewangan.

Oleh kerana hanya tiga kerusi ini yang diwakili orang Melayu di Ipoh, ianya menjadi akar kepada aspirasi kesedaran Melayu Ipoh ke atas penindasan yang berlaku di bawah rejim DAP yang dibonekai PAS.

Walaupun kemenangan paling boleh diambil kira mutlak dan jelas sebagai pilihan penduduk Melayu Ipoh terhadap UMNO sangat mengecewakan, ADUN dan Ahli Parlimen kawasan ini sepatutnya bertindak memenangi rakyat dalam menyuntik semangat menentang rejim DAP yang mempunyai idea-idea untuk menindas orang Melayu.

ADUN Manjoi memenangi kerusi tersebut dengan majoriti kira-kira hanya 300 mengatasi calon PAS. ADUN Hulu Kinta memegang majoriti lebih 5,000 mungkin kerana calon PKR beragama Hindu merupakan lawannya. Ahli Parlimen Tambun mengecilkan majoritinya dari 17,000 pada tahun 2004 kepada 5,000 pada tahun 2008.

Dikatakan lokasi Kem PGA Briged Utara dan Kem Tentera Tambun banyak menyumbang kemenangan calon Barisan Nasional.

Namun, apa yang jelas, ketuanan UMNO di kawasan ini masih terpelihara. Amat malang apabila penduduk Melayu yang tidak mahu memartabatkan UMNO, membiar pilihan yang tidak baik untuk mengepalai cawangan masing-masing. Akhirnya, UMNO mendapat umpatan dan kejian.

Seharusnya mereka layak untuk memilih pemimpin yang mereka mahukan. Tetapi atas sifat berpecah belah orang Melayu Islam itu sendiri, mereka lupa bahawa mereka sedang dibogelkan. Pemimpin boleh ditukar ganti. Maruah tidak mampu ditebus.

KEPUTUSAN 2008

P.063 TAMBUN
Datuk Husni Hanadzlah (BN) 27,942 Majoriti 5,386
Mohamad Asri Othman (PKR)22,556

N. 23 MANJOI
Datuk Nadzri Ismail (BN) 14,804 Majoriti 348
Zulkurnaini Ibrahim (PAS) 14,456

N.24 HULU KINTA
Datuk Rusnah Kassim (BN) 13,057 Majoriti 5,232
A. Apalasamy (PKR) 7,825




KEPUTUSAN 2004

P.063 TAMBUN
Datuk Husni Hanadzlah (BN) 31824 Majoriti 17360
Dr. Khairudin Abdul Malek (PAS) 14464

N. 23 MANJOI
Datuk Nadzri Ismail (BN) 17100 Majoriti 7890
Zulkifli Ibrahim (Keadilan) 9210

N.24 HULU KINTA
Datuk Mazidah Zakaria (BN) 14104 Majoriti 8261
Zulkurnaini Ibrahim (PAS) 5843



Yang memangkah PKR dan PAS bukanlah mereka yang bersungguh fanatik ke atas parti itu. Kebanyakannya terpengaruh dengan sentimen anti - Pak Lah dan juga sentimen politik cawangan. Akibatnya, parti Melayu dijadikan bahan gadaian.

Rasakanlah hari ini apabila giliran DAP mengagih-agihkan kekayan bumi perak sesama mereka. Mereka tidak memangkah DAP. Tetapi hasil tangan orang Melayu yang gatal telah membuatkan mereka sangat berkuasa dengan hanya 18 dari 59 kerusa DUN di Perak.

Bangunlah Melayu di Perak dengan bangunnya Melayu di Ipoh dalam menentang Pakatan Rakyat. Bangkitnya Melayu di Ipoh ialah dengan bangkitnya Melayu di Parlimen Tambun.

Pihak-pihak yang mahukan BN kembali berkuasa di Perak perlulah menumpukan usaha menguatkan Barisan Nasional di Parlimen Tambun.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).