Manusia merancang. Allah jua menentukan. Manusia berbuat tipu daya. Allah mempunyai seperbendaharaan tipu daya jika dibandingkan dengan manusia. Manusia cuba berlagak tuhan, tetapi Allah sememangnya Tuhan Sekelian Alam. Manusia mengatakan ia mampu menukar kerajaan esok atau lusa. Allah mampu mencabut nyawa manusia malam ini bila manusia disalah langkahkan kebudian jatuh terjepuk ditangga di dalam rumah sendiri. Makanya, manusia boleh mengatakan ia pasti sampai ke destinasi yang dituju. Tapi, janganlah lupa bahawa pada Allah jua ketetapan yang pasti, di mana destinasi yang bakal diakhiri.
Jika tempat ini yang ingin dituju, tujulah dengan hati yang rendah diri, tidak bertindak seolah-olah terlalu superb dalam menentukan nasib sendiri dan banyakkanlah berbuat baik sesama manusia, berserah dan berdampinglah dengan tikar sembahyang memohon keredhaan Allah dan sentiasalah meletakkan ketentuan Allah mengatasi segalanya.
Nescaya akan terbentang jalan yang luas baginya laksana Boulevard Putrajaya yang mempunyai takhta pemerintahan negara di hujungnya dan mudahlah baginya untuk tiba ke destinasi yang diidamkan laksana mudahnya tekak menelan air yang telah disuamkan.
Kerana, tanpa semua itu, kita tidak tahu mungkinkah destinasi yang dituju akan berubah dengan ketentuan Allah dek kerana tamaknya, butanya hati, bengisnya dan sikap bongkaknya terhadap Allah dan membelakangkan hakikat bahawa Allah itu penentu segalanya. Sesungguhnya manusia yang sombong terhadap Tuhannya akan berada dalam kerugian.
Maka akan sempitlah laluan yang ditujunya ibarat Station Road, Tanjong Rambutan yang mana terletaknya Hospital Bahagia di penghujung jalannya sehingga perjalanannya akan menjadi laksana meminum air sejuk yang tiba-tiba panas bak air mendidih hingga tersentak kewarasan jiwa yang sedang dahaga dan melecurlah rongga kerongkongnya.
Justeru, apabila kita mengharapkan sesuatu, usahakanlah, dan tawakallah. Tiada gunanya berlagak seperti kita mampu melakukannya hanya dengan kata-kata semata-mata. Sebodoh-bodoh manusia yang kita perbodohkan dengan kata-kata kita, sesungguhnya kita lebih hina disisi Tuhan sekiranya itulah yang kita amalkan dalam kehidupan seharian.

No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).