Utusan Online, Jumaat, 12.09.2008
Raja Petra ditahan mengikut ISA
12/09/2008 3:11pm
KUALA LUMPUR 12 Sept. — Penulis blog, Raja Petra Kamarudin ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tengah hari ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika mengesah penahanan itu, berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan setelah diyakini Raja Petra boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.
“Raja Petra ditahan di rumahnya pukul 1.10 tengah hari di bawah Seksyen 731 Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Syed Hamid berkata, tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).
“Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman,” katanya. - Bernama
Ulasan
Penahanan kaki fitnah yang diibaratkan sebagai wartawan sampah ini amat wajar kerana politik fitnah dan adu domba yang diperkenalkan olehnya sejak sekian lama telah mendatang barah pada sebilangan rakyat Malaysia yang bodoh dan melulu mempercayainya.
Orang seperti ini yang mana darah hasad dan sifat dajali merupakan sebahagian dari tubuhnya tidak akan berdiam diri walaupun objektif fitnahnya terlaksana.
Siapa dapat menjangkakan seandainya ikon sembahannya, Anwar Ibrahim berkuasa di negara ini, beliau sebagai tukang fitnah akan mengadaptasi budaya fitnah amali seperti merancang pengeboman di sana sini bagi menggambarkan mantan pemerintah negara ini sedang berusaha melakukan huru hara.
Tiada yang mustahil seandainya pemanipulasi kebebasan ini terus dilepaskan memanipulasi kebebasan yang diberikan.
Humban sahaja dia ke neraka dunia selamanya.

No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).