Wednesday, October 08, 2008

ISA : Siapa Yang Rugi?

Mengapa mereka menjerit untuk hapuskan ISA? Tahukah mereka bahawa dengan adanya ISA, keselamatan mereka terjamin? ISA juga merugikan chauvinist Melayu. ISA merugikan pembela-pembela Melayu. ISA turut akan dikenakan kepada puak Melayu anti pendatang luar Nusantara.

Dengan adanya ISA, chauvinist Melayu dididik untuk menghargai kepelbagaian, dan dibiar terevolusi dalam kemajmukan masyarakat di TANAH MELAYU ini menjadi sebuah negara ala-Amerika yang ditaja BRITISH bermula separuh kedua abad yang lepas.

Sekiranya ISA dihapuskan, apakah ianya menguntungkan pelampau Cina dan Hindu di Malaysia? Apakah jaminan kepada mereka bahawa tiada orang Melayu yang akan menyerang dengan fakta dan undang-undang tubuh negeri dan syariah lalu mempertikaikan hak mereka sebagai warganegara ini dengan bermati-matian mempertahankan bahawa kewarganegaraan mereka cuma diukur oleh quid pro quo hak keistimewaan Melayu berselit kata-kata yang lebih tajam dari apa yang mereka dapat dengar hari ini?

Barangkali, ISA perlu dihapuskan. Dengan itu sahaja akan bangunnya lebih ramai orang Melayu yang akan mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang bukan hanya mengguris perasaan kaum lain, malah mencalar balarkan perasaan mereka.

Sesungguhnya penghapusan ISA hanya mendedahkan negara ini kepada keadaan kucar-kacir kerana ianya memberi peluang kepada pelampau Melayu untuk mengumpulkan tenaga dan menjalankan perang saraf di ruang siber dan media.

Kemudian, barulah mereka sedar, gading bertuah yang diidamkan hanyalah kayu reput yang tak berdaya menampung mereka untuk berpaut.

MAKA JANGANLAH DIPERBODOHKAN OLEH AHLI POLITIK YANG DIPIMPIN OLEH BAPA SEGALA PROPAGANDA yang hanya mempermainkan sentimen untuk meraih sokongan rakyat yang BODOH.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).