Mingguan Malaysia, Ahad, 23 November 2008
Perak batal ubah nama Jalan Silibin kepada Jalan P. Patto
IPOH 22 Nov. - Kerajaan negeri Perak akhirnya membatalkan cadangan menukar nama Jalan Silibin di sini kepada nama mendiang Pengerusi DAP Perak, P. Patto ekoran kontroversi yang tercetus apabila pelbagai pihak menyuarakan bantahan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, Ngar Kor Ming berkata, kerajaan negeri sebaliknya akan mencari jalan lain yang lebih sesuai untuk dinamakan Jalan P. Patto.
Bercakap kepada pemberita di pejabat DAP di sini beliau berkata, cadangan itu menimbulkan banyak bantahan daripada pelbagai pihak dan keluarga mendiang turut menerima bahangnya apabila menerima cemuhan dan sebagainya.
Sidang akhbar itu turut dihadiri isteri mendiang Patto, S. Mary, 59, dan dua anak perempuan mereka, Shaalani Anne, 27, dan Kasthuri Raani, 29.
Beliau yang juga Ketua Pemuda DAP itu berkata, DAP Perak telah membuat keputusan untuk menamakan sebuah pusat kajian yang akan ditubuhkan parti itu sebagai Pusat Kajian P. Patto dan ia akan beroperasi di Wisma DAP di sini.
"Ia sebagai mengenang jasanya membantu parti itu berkembang di negara ini," katanya.
Sementara itu, Mary merayu orang ramai menghentikan segala tohmahan yang dilempar terhadap keluarganya ekoran hasrat kerajaan negeri menamakan Jalan Silibin sempena nama P. Patto.
- Bernama
Ulasan
Akhirnya, Nga Kor Ming mengakui bahawa M. Kulasegaran adalah pembohong apabila menyebut bahawa 70% penduduk di Jalan Silibin bersikap 'tidak apa' atas cadangannya yang tak sudah-sudah untuk menamakan Jalan Silibin kepada Jalan P. Patto.
Ini merupakan pengajaran buat M. Kulasegaran yang ditempelak oleh banyak pihak sebagai mengulangi 'Kesilapan Kerajaan Barisan Nasional' apabila mengubah nama jalan.
Apapun, yang pasti ialah ia merupakan kegagalan pertama M. Kula setelah menjadi Ahli Parlimen Ipoh Barat untuk penggal kedua. Jika dahulunya, belangnya tidak dipertonjolkan, tetapi apabila Pakatan rakyat mendapat negeri ini, M. Kula mula menjadi kaduk naik junjung.

salam ipohmalay & bloggers
ReplyDeleteorg yg baru dpt kuasa ni skg ni bak kata pepatah melayu 'bagaikan kadok naik junjung"..inilah keadaannya skg..
kpd yb botol kicap tu, lu mau ingat, kita kasi lu chance ini kali saja..kalau kita melayu tak pangkah lu punya parti, lu jgn harap lu punya parti boleh menang..lu sudah lupa..kita majoriti lu tau..skg kita sudah tahu apa dalam itu lu punya hati busuk..kita undi lu bukan pasal kita suka lu punya parti, tp kita cuma mau ajar itu lagi satu punya parti tp untuk PR 12 saja..PR 13 lu habis lah..bangsat!