Thursday, November 13, 2008

Nizar & Kebebasan Akhbar

Nizar Jamaluddin dikatakan oleh ahli PAS Perak sebagai seorang yang mempunyai budi pekerti yang tinggi dan sanggup bersusah-payah membantu rakan separti yang dalam kesusahan. Contohnya menukar tayar kereta sahabatnya yang tayar keretanya pancit ketika melintasi negeri ini.

Oh! Itu dulu. Sekarang, hidungnya lebih tinggi dari Piramid Giza. Pemikirannya lebih senget dari Menara Pisa. Emosinya lebih tak stabil dari plat tektonik di Parit Sunda.

Begitulah sifat seorang Menteri Besar yang mana akhlaknya dibunuh oleh golongan yang merayakan sesuatu dengan 'beer-tossing'. Berdiam pada isu yang mungkar, dan mempertikaikan isu rakyat yang lebih makruf. Berskandal dengan isu dan polemik yang memalukan diri. Juga berisi dendam kesumat yang membarah serta cuba mencedok fahaman Barat mengenai demokrasi sementara isi hati bercampur baur dalam memberi erti sebuah percaturan politik yang beliau sendiri bingung menangani.

Tindakan meminta memory card dari jurugambar Utusan Malaysia kelmarin merupakan satu lagi pertunjukkan emosi beliau.

Mengapa Pakatan Rakyat takutkan Utusan Malaysia sehingga terpaksa menyalahkan Utusan Malaysia dalam banyak perkara? Kerana seruan DAP? Kerana seruan Anwar Ibrahim? TIDAK! Ini kerana mereka sedar, hanya pengikut totok mereka yang menyahut seruan mereka memboikot akhbar Utusan Malaysia!

Utusan Malaysia kekal menjadi bahan bacaan sebahagian besar rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang mahukan kupasan dari pemerintahan Pakatan Rakyat di satu sudut yang tidak terlihat. Memboikot Utusan Malaysia bererti menutup mata rakyat pada buruk laku mereka. Sedangkan akhbar mereka seperti Suara Keadilan dan Harakah tidak pernah diboikot walaupun bersikap bias, penuh tohmahan keji dan langsung tiada berita masyarakat melainkan politik semata-mata.

Sebenarnya, akhbar mana yang bertaraf sampah sarap? Dan pada sudut lain, mengapa paranoid sangat?

5 comments:

  1. Memang dari awal lagi semenjak menjadi MB Perak saya melihatnya sudah banyak berubah.Looks arrogant dan saya yakin satu term sahaja.

    ReplyDelete
  2. biarkan dia dgn dunianya sendiri..biarkan menampakkan ianya sebagai MB boneka pada DAP..biarkan dia mengharu birukan lagi..biarkan dia menampakkan tindakkan tak rasional..biarkan tindakkannya tidak difahami lagi..

    maka jawabnya..tak lama lah kat atas tu.. ;-)

    ReplyDelete
  3. biarkan dia dgn dunianya sendiri..biarkan menampakkan ianya sebagai MB boneka pada DAP..biarkan dia mengharu birukan lagi..biarkan dia menampakkan tindakkan tak rasional..biarkan tindakkannya tidak difahami lagi..

    maka jawabnya..tak lama lah kat atas tu.. ;-)

    ReplyDelete
  4. tu la namanya bodoh mangkuk ayun..kata nak memperjuangkan kebebasan akhbar,nak demokrasi, tapi memboikot utusan demokrasi ke?kata pakatan rakyat ramai yang bijak pandai.tapi sapa yang lagi berfikiran terbuka? umno dan kerajaan yang mereka tuduh bodoh adalah lebih berfikiran terbuka dan matang.dan tak pernah pun terfikir mahu mengharamkan harakah atau suara keadilan apatah lagi memboikot akhbar sampah itu yang jelas berunsur fitnah dan hasutan...kesian mangkuk ayun pakatan rakyat ni.

    ReplyDelete
  5. KITA JAYAKAN KEMPEN " 1 PENGGAL SAHAJA !! "

    mrf : apa nak jadi lah dengan pacatan rakyat ni.... kekeliruan... selekeh... mari jayakan kempen " one term only "... hehehe

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).