Wednesday, January 14, 2009

Apabila Sistem Persekutuan Mula Disanggah

Penentang pemerintah Malaysia dalam arena politik mula berani mempersoalkan sistem persekutuan. Pada masa yang sama, mereka mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang memihak kepada mereka.

Mereka memberi gula-gula beracun kepada rakyat peringkat 'pengikut tanpa mahu berpikir panjang' bahawa kerajaan persekutuan tidak adil.

Kemudian kedengaran kini suara-suara yang menyebut kekalutan ini berpunca dari sistem negara bersekutu. Ini dalam jangka masa yang panjang akan memupuk sekelompok generasi yang kurang pandai dan bersifat anti-federalism yang akan dipergunakan oleh puak berhaluan kiri.

Alternatif kepada sistem federalisma ialah sistem pemerintah pusat seperti Indonesia yang berhak untuk tidak memulangkan hasil bumi kepada negeri-negeri yang dikaut kekayaan mereka.

Sistem khalifah Islam adalah kuasa pusat. Kuasa menaung tetap bergantung kepada suara pusat. Jadi sistem apakah yang mereka mahukan.

Mereka tidak sedar bahawa jawapannya ialah 'anarki'.

3 comments:

  1. "Sistem khalifah Islam adalah kuasa pusat. Kuasa menaung tetap bergantung kepada suara pusat. Jadi sistem apakah yang mereka mahukan."

    Orang beriman nak sistem khalifah menjadi kuasa pusat yang melaksanakan undang2 Islam secara total bukannya undang2 rekaan kafir seperti Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Malayasia pasti akan aman sentosa kalau tiada yang menkucar-kacirkan nya...

    Anda semua pasti FAHAM

    http://antirepublik.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. bahayanya pemikiran begini...

    bila orang bodoh memimpin orang bodoh. guna nama Islam sedikit sahaja, patuhlah orang bodoh itu.

    rosak rosak

    umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam.
    bukan, umat Islam harus bodoh, hari ini mesti lebih bodoh dari semalam.

    rosak umat Islam kerana perjuangan jemaah Islam yang mengaku dia lebih Islam dan benar, sedangkan mereka adalah bidak yahudi.

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).