Friday, January 09, 2009

Surat Terbuka Kepada Dewan Ulamak PAS

Kristian hari ini tidak mengiktiraf bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu Rasulullah. Mereka melanggar hukum-hukum yang ditetapkan oleh ajaran Nabi Isa a.s. itu sendiri. Mereka bukan orang Yahudi dan Nasrani dari tanah Arab yang menggunakan frasa Al-Ilah ( Allah ) yang membawa maksud Tuhan Yang Satu. Kristian di Malaysia bukan Kristian asal dari tanah Arab. Kristian di Malaysia adalah bangsa pribumi atau bangsa India dan Cina yang dikristiankan.

Mengapa mereka, penganut agama Kristian Roman Katolik, diberi hak untuk menggunakan nama Allah sebagai Tuhan Yang Beranak , Tuhan Bapa dan Tuhan Ruhul Kudus ? Mereka bukan Kristian Arab yang memperakui kerasulan Nabi Muhammad S.A.W! Mereka menafikan Rasulullah S.A.W malah mereka-reka cerita dalam khutbah mereka tentang perkara buruk berkaitan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W!

Dalam Wikipedia berkenaan Arab Christian, ulasan doktrin Arab Kristian ialah:
Like Arab Muslims and Arab Jews, Arabic-speaking Christians refer to God as Allah, since this is the word in Arabic for "God". The use of the term Allah in Arabic-speaking Christian churches predates Islam by several centuries. In more recent times (especially since the mid 1800s), some Arabs from the Levant region have been converted from these native, traditional churches to more recent Protestant ones, most notably Baptist and Methodist churches. This is mostly due to an influx of Western, predominantly American Evangelical, missionaries.

Siapa pembawa doktrin ini? Dan seluruh penganut Kristian di Malaysia dikristiankan lebih lewat dari tarikh itu kecuali saki-baki penduduk Portugis. Itu pun Kristian tahun 1400 yang telah didoktrinkan oleh pemikir Jesuit. Apatah lagi Kristian hari ini?

Kristian hari ini adalah 'corrupted version' dari Kristian di luar pengaruh Vatican. Terlalu banyak percanggahan dengan Kristian Orthodoks di tanah Arab sendiri. Begitu juga kewujudan Sikh pimpinan Guru Nanak yang digambarkan sebagai 'corrupted version' dari Islam setelah bercampur aduk dengan pengaruh karut-marut. Adakah penganut Sikh menuntut untuk menggunakan nama 'Allah'? Apakah PAS akan membenarkannya andai mereka mahukan Gurdwara Sahib mereka dihiasi kalimah-kalimah Allah?

Perlu diingat, penyembah berhala di Kota Mekah sebelum datangnya Islam mendakwa berhala Latta, Uzza dan Manat itu adalah anak-anak perempuan Allah. Kaum Badwi di padang pasir yang sebilangannya pemuja semangat dan sebilangan lagi mengikut ajaran Injil 600 tahun sebelum itu turut bermohon doa pada Allah. Ketakwaan mereka atas ajaran Injil sebenar yang tidak dikotori membuatkan mereka mudah menerima Islam dan bernaung di bawah undang-undang syariah yang dibawakan Rasulullah kerana undang-undang tersebut memang melengkapi apa yang telah ada di dalam Injil.

Bagaimana pula Kristian di Malaysia? Apakah cara hidup mereka telah benar-benar Islam? Siapa tangan dibelakang gereja hari ini? Apakah mereka bersetuju dengan 'divine laws' yang mereka kata undang-undang ketinggalan zaman dari Old Testament? Hudud yang disebut pun mereka tentang habis-habisan, ibarat cair telinga mereka mendengar 'Hudud'. Apa lagi jika disebut Hududallah! Bisinglah mereka. Beginikah hati mereka yang memohon untuk menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan mereka? Muslihat apa yang masih belum terang bagi mereka.

Memang Allah itu adalah terma kepada Tuhan Yang Satu bagi bangsa Arab. Bukan sahaja bagi Kristian dan Yahudi. Tetapi bagi semua kepercayaan musyrikin yang membuat perantaraan antara mereka dengan Tuhan Yang Satu pada zaman itu. Dan pemakaiannya hari ini adalah kesinambungan nenek moyang mereka sejak beribu-ribu tahun lalu walaupun secara lojiknya, hak pemakaian itu telah terbatal akibat kerja-kerja American Evangelical.

Persoalannya kini, mengapa PAS mahu mengizinkan pemakaiannya ke atas penganut Kristian akhir zaman yang datang dari bangsa yang bukan sahaja tidak menutur bahasa Arab, malahan TAKUT akan tulisan-tulisan Arab. Mereka datang dari fahaman yang bersifat baharu tetapi mahukan sesuatu yang bukannya menjadi hak mereka lagi. Siapakah kini yang termakan muslihat?

Ini dapat dilihat oleh orang yang tidak melihat perkara ini dari sudut politik. Selama beratus-ratus tahun, usaha memelihara nama Allah S.W.T dari diselewengkan oleh Yahudi dan Nasrani di luar tanah Arab telah hampir berjaya disekat. Tetapi, hari ini, bagi mereka yang mementingkan sokongan politik seperti PAS, matlamat mereka telah menghalalkan banyak cara yang tidak kena, lalu di sokong membuta tuli oleh penyokong-penyokong mereka yang taksub.

Jika saya yang bukan ahli dalam perkara ini, terpaksa untuk berpendapat mengikut kolektif pendapat orang-orang Islam di sekeliling DI ALAM NYATA, DI LUAR KEPOMPONG POLITIK, tidak dibenarkan untuk berkata-kata, siapa yang boleh saya harapkan di saat ini? Penyokong PAS? Mereka hanya boleh berkata, kami pun tak tahu (sebab kami pun malas membaca dan bertanya). Jadi baik kami diam. Memang patut untuk mereka diam.

Harap pihak Dewan Ulamak PAS mengkaji semula kenyataan yang telah dikeluarkan dan melihat dengan teliti agenda disebalik polemik ini dan membuat keputusan yang betul-betul bertepatan dengan keadaan. Jangan terlalu mengikut rentak Anwar Ibrahim.

7 comments:

  1. Salam Ipohmalay..

    Saya berharap dengan penjelasan yang jelas dari artikel ini akan membuka mata penyokong-penyokong PAS dan PKR agar menilai semula apa yang Dewan Ulama Pas telah lakukan untuk menyesatkan minda umat Islam diMalaysia. PAS telah membuka ruang kepada bakal-bakal murtad untuk mencapai hasrat mereka untuk meninggalkan Islam dan jika ianya berlaku PAS seharusnya dipertanggungjawabkan. Dan ditambah lagi Anwar sudah berjanji dengan pihak Kristian untuk mengkaji semula undang-undang murtad jika beliau berjaya menjadi PM. Beginilah jadinya bila Melayu menjadi lemah apabila berbalah sesama sendiri. Melayu cuba menjatuhkan orang Melayu lain semata-mata akibat perbezaan politik. Manakala bangsa lain cuba mengambil kesempatan dari perbalahan sesama melayu ini dan inilah jadinya bila bukan melayu sudah berani membuat pelbagai tuntutan untuk memenuhi hasrat mereka. Mereka sudah lama menunggu peluang ini. Mudah-mudahan orang melayu sedar dan dapat bersatu semula dan meletakkan Islam ditempat yang sepatutnya tanpa diganggu gugat oleh sesiapa pun. InsyaAllah.

    Salam perjuangan..

    ReplyDelete
  2. Salam Ipohmalay...

    Adakah kita sedia boikot 'politik Yahudi' atas alasan Malaysia Baru? Iaitu pemimpinnya ialah Anwar Ibrahim? Kenapa Anwar seolah-olah tidak mempunyai kemaluan bila melihat rakyat Palestin ditindas dan dibunuh oleh askar Israel berbanding memperjuangkan nasib kaum HINDRAF kononnya ditindas oleh orang Melayu?

    Kalau begitu kita juga perlu boikot parti yang bersahabat dengan Yahudi di Malaysia, iaitu PKR dan sahabat mujahid mereka seperti PAS dan DAP!!! Biar rakyat Terengganu mengajar barua-barua yahudi yang bertapak di Malaysia tetapi bertopengkan Melayu, Cina atau India.

    Salam perjuangan

    ReplyDelete
  3. nasoro ni ada udang disebalik batu

    kena berhati hati

    orang PAS sila guna akal! jangan terus berfikir dan menganalisa menggunakan punggung!

    ReplyDelete
  4. Tak sudah-sudah memerhati masalah orang. Dah renung diri sendiri? Dah turuti sunnah2 nabi? Jangan hanya pandai menilai orang lain tapi diri sendiri... entah kemana haluan?
    Perbetulkan diri sendiri dengan mengikut sunnah2 nabi kalau takut kepala tu dipijak oleh orang kafir....

    ReplyDelete
  5. becakap macam bagus... kalau bagus sangat kenapa dia yang kena pijak?

    ReplyDelete
  6. arab kristian panggil nama tuhan mereka pun "allah" gak... dah bahasa dia camtu... xde pulak gaduh2 pasal nama..
    Nih kristian malaysia nk guna nama "allah" jer... gempak nak perang satu malaysia... mana 1malaysia yg diwar2kan oleh cik PM kita...
    sebelum nak kritik n masuk mahkamah lagi... baik g dalamkan ilmu agama dulu....ni tak, sibuk kait2 ngan 'pas senyap' bila isu nih timbul...
    dah xsalah.. nak bising wak apa...
    baik bising kenapa hukum hudud xjalan2 lg....hikhikhik

    ReplyDelete
  7. Kamu yg cakap2 ni pernah duduk di sabah ke? Saya dah 47 tahun umur dan dah 25 tahun duduk di sabah. Tak ada isu apa2pun tentang penggunaan nama Allah, kenapa kami di sabah tak marah pun dan tak pernah keliru pun. Lagipun buat apa menimbulkan isu yang kurang bijak ni..pernah ke buat tinjauan ke mana2 pejabat majlis ugama. Siapa yang masuk ugama siapa, siapa yang meninggalkan agama asal kerana mencari kebenaran. Nak kutuk PAS kerana tak sensitif konon dengan penggunaan isu Allah dalam kitab SIB (Sidang injil Borneo) atau SDA (seven day Adventist. Sebenarnya yang buat keliru tu Parti BN.
    Terus terang saya katakan, saya dan penduduk islam sabah tak pernah keliru pun bila dalam gereja 'mereka' guna nama Allah. Sebab yang keliru tu, bukan kes itu. Yang kami keliru..orang2 islam, yang perempuan berkelakuan manusia fasiq, dedah aurat dan rosak akhlak di tonjol dalam tv untuk tontonan rakyat jelata. Yang lelakinya, mudah terpedaya dengan ajakan zina, minum arak dan sebagainya.
    Jadi nak kecoh buat apa? yang kononnya memperjuangkan Islam, tak nampak ke ada isu yang lebih besar. Lagipun mana ada orang islam yang sudi nak mentelaah buku bible dan mana juga orang keristian nak jengah2 kitab al-qur'an ( mereka pun takut..takut terpikat dengan qur'an, takut tak kuat menghadapi 'Allah' mana yang benar) Dan dah nampak dah, BN memang sengaja buat isu, nak mengelak rakyat bincang pasal Barang Naik. Dan PAS pun kadang2 tolol, rasulullah ada cara buat dakwah...ikut lah dakwah cara rasulullah...ni main puuuulon aje..asal menang undi.. "Ingat...takde siapa yang kebal terhadap godaan Syaithon, siapa yang bernafsu..itulah makanannya dan mangsanya Iblis, tak kira yang berjubah berserban..atau yang sembahyang setahun sekali( sunat Hari Raya) "

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).