Friday, February 13, 2009

Pakatan Rakyat Yang Tak Cukup Sifat

"Pakatan Rakyat" itu sendiri merupakan idea yang menarik minat ramai yang muak dengan BN selepas PRU12. Harapan rakyar sangat tinggi pada ketika itu tetapi sokongan sedikit demi sedikit berkurangan hanya dalam tempoh setahun. Kekecewaan berlaku di mana-mana dan bagi mengekalkan sokongan rakyat, PR terpaksa berpolitik sepanjang masa dan banyak perkara tidak dilaksanakan.

1.Tuntutan Ketika Kenaikan Harga Minyak Dunia
Ini merupakan ujian pertama kepada pucuk pimpinan PR di mana, mereka tidak mempunyai usaha lain selain menghentam kerajaan pusat supaya harga minyak diturunkan yang mana akan mengakibatkan ekonomi negara ini keseluruhannya berada pada asas yang palsu dan hilang daya saing. Apa tugas mereka untuk menjimatkan wang kerajaan negeri? Tiada. Tiada kempen penjimatan tenaga. Mereka lebih banyak memikirkan untuk penganugerahan tanah, kereta baru untuk Exco, meneliti fail tender satu demi satu dan merancang lebih banyak tender anugerah dan rundingan terus.

2.Tuduhan Liwat Kepala Pakatan Rakyat
Apabila isu moraliti seseorang adalah menjadi hak bagi seseorang itu untuk berada dalam penafian, khalayak dengan mudahnya dipesongkan dengan cemerlang oleh langkah-langkah hipokrit yang berkesan. Sepanjang tempoh itu nanti, khalayak akan mula mencari-cari kebenaran dan akhirnya akan tahu bahawa Anwar ibrahim memang terbabit melakukan liwat. Akhirnya penyokong PR akan terbahagi antara mereka yang toleran terhadap homoseks dan mereka yang menentang.

3. Tidak Peka Terhadap Kemelesetan Ekonomi
PR tidak berbuat apa-apa dalam menangani kemurungan ekonomi di peringkat negeri mahupun negara dan semua tindakan seolah-olah diletak di atas kerajaan pusat. Ini merupakan salah satu kesilapan PR kerana ramai penyokong PR adalah kaum Cina yang terbabit dalam perniagaan. Mereka memerlukan jaminan ke atas iklim ekonomi yang meyakinkan. Hakikatnya, dengan sikap PR ini, dipercayai kesan kemeruduman ekonomi yang serius mampu meruntuhkan negeri tadbiran PR kerana kebanyakan negeri tadbiran PR mempunyai penduduk yang ramai.

4. Tidak Memenuhi Kehendak Rakyat
Memandangkan PR ditubuhkan dengan janji-janji yang sangat bagus dan jitu, khalayak memerhatikan adakah mereka akan menepati janji. Malangnya, PR banyak berpolitik dan jelas merupakan sebuah persepakatan yang terdedah kepada sengketa sesama sendiri akibat ideologi yang berbeza. Kerajaan Perak yang lalu adalah contoh sebuah pakatan yang rapuh. Mereka hanya reti menggula-gulakan rakyat sedangkan masa depan ekonomi negeri seolah-olah " Apa nak jadi, jadilah ".

5. Mungkir Ajaran Sendiri
PR terlalu banyak bercakap mengenai rasuah, skandal kewangan dan demokrasi. Tetapi kemudiannya Khalid, Ngeh, Nga dan Nizar sendiri terjebak dalam kekotoran manipulasi perbendaharaan negeri. Memang bodoh bagi yang terkejut bila diberitakan tentang ini kerana mereka pemimpin PR ini pasti ada alasan tersendiri tetapi kenapa selama ini berlagak kononnya mereka lebih bersih dari orang lain? Penulis mungkin dianggap merepek. Tetapi bagaimana pula dengan penyokong PR yang banyak merepek mengenai Najib sedangkan mereka tidak tahu apa-apa melainkan mendengar perkhabaran orang fasik. Bangunan Kementerian Kewangan lebih besar dari SUK dan berita dari SUK hakikatnya lebih mudah tersebar.

6. Tidak Menyebelahi Orang Islam
PR tidak penah memenuhi kehendak umat Islam di negara ini kecuali dirasakan memuaskan segelintir penyokong PAS dan PKR yang merupakan golongan minoriti dalam PR. Walaupun suara mereka tidak penting kerana mereka minoriti, 'kahwin paksa' yang berlaku membuatkan umat Islam dalam PAS dan PKR terperangkap dalam kandang PR dan terpaksa menyokong mainan PR seperti isu penggunaan nama "Allah" oleh penganut Katolik yang tidak dapat diterima oleh majoriti umat Islam, isu pembesaran kuil dan gereja, pembinaan gereja terbesar di Asia Tenggara di Selangor yang dilihat sebagai simbol pluralisma, sesuatu yang tidak disenangi oleh para ulama, mufti-mufti dan umat Islam majoritinya.

Kenapa badut-badut PR ini dilihat terpaksa memainkan isu-isu sensitif, membentang manifesto retorik demi kesinambungan relevensi mereka dan tidak banyak berfikir untuk memakmurkan ekonomi negeri. Alasan mereka mungkin :

1. Ketiadaan pakar ekonomi / pemikir yang bagus
2. Melepaskan tanggungjawab kepada kerajaan pusat
3. Kurang pengetahuan terhadap isu ekonomi semasa
4. Kerajaan pusat pasti membantu
5. Kami sebenarnya taklah pandai mana pun
6. Tolongla kami weii!


Jadi, apa kekuatan yang mereka ada untuk para rakyat yakini? Perak pernah 'dibunuh' oleh kejatuhan harga bijih timah dan rakyat tidak mahu Perak 'dibunuh' sekali lagi oleh kebodohan mereka yang tak sepatutnya memimpin negeri. Biarlah Kerajaan BN yang memerintah dan rakyat boleh merancang pemimpin yang dikehendaki dalam BN itu sendiri mengikut kepartian komponen dalaman BN itu sendiri. Biarkan DAp PAS dan PKR mewarisi budaya lapuk di mana wakil rakyat mereka terdiri dari orang luar yang sekadar tamak kuasa politik semata-mata. Apabila rungutan dibawa kepada mereka, mereka menamatkannya dengan ayat ' oh..itu kuasa kerajaan pusat'. Jadi mengapa tidak mengundi wakil dari 'kerajaan pusat' terus?

5 comments:

  1. Teman rase ini lah peluang dalam tempoh 3 tahun bagi pihak UMNO belajar ler.
    Pisang tak berbuah banyak kali.
    Kalu tak belajo,hancus ler kite di Perak dan lain lain...
    changkat lobak.
    arjuna waspada.

    ReplyDelete
  2. BN tidak perlu mwenjatuhkan kerajaan PR kerana ia akan jatuh drngan sendirinya, percayalah.

    ReplyDelete
  3. Ha, itulah PR encik. yang lebih banyak bercakap daripada bekerja.

    ReplyDelete
  4. udah ngetor kepela lutut le tu bila nak mengadap rakyat. itule buat keroje tak ikut undang-undang.

    ReplyDelete
  5. FUVKATAN RIOT = CAKAP TAK SERUPA BIKIN...

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).