Thursday, February 05, 2009

Rakyat Perak Tolak Pakatan Rakyat?

" Cuba korang fikir, ekonomi tahun ni slow. Kerajaan Pusatlah yang merupakan jalan akhir jika ekonomi kucar kacir. Pakatan Rakyat tak langsung merangka ekonomi negeri dengan pragmatik dalam menangani kris ekonomi peringkat negeri.

Perak telah jatuh terduduk masa harga timah jatuh. Kami tidak mahu jatuh lebih bawah lagi. Pakatan Rakyat menghabiskan masa dengan membelanjakan wang rakyat.

Exco Pakatan Rakyat memakaikan plet AFD 66 yang dikeluarkan pada Camry baru. AFD keluar di JPJ pada tahun 2004. Bukankah ini memiliksendirikan harta negeri?

Mana rancangan ekonomi negeri Perak? Kami tak mau rektorik! Cuba tanya tauke-tauke Cina di Ipoh, kenapa Pakatan Rakyat tak bagus? Mereka pasti menuduh kerana Ngeh dan Nga membolot semua peluang yang ada.

Ekonomi sedang tenat, mereka juga perlu duit. Perbendaharaan negeri cacamarba. Cukai tetap naik.

Tanyalah, orang Perak yang tidak berpolitik. Semua tidak mahukan pilihanraya. Suma berpendapat bahawa lebih elok BN memerintah disaat ekonomi tak cantik ini.

Pakatan Rakyat cuma akan memufliskan negeri. Korang tak nampak ke yang Sultan pun tak suka? Cuma bukan orang Perak je yang beria-ia mintak pilihanraya. Kami yang tanggung, kami yang patut bagi pendapat!

Teman rasa kalau komer nak sangat rebut negeri ni, baiklah bagi kerajaan Perak kepada Sultan balik. Takde DUN. Pilihanraya pun bior Parlimen je !! "


ipohmalay : ye tak yer juger...

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).