Tuesday, April 07, 2009

Ipohmalay Ucapkan Tahniah Kepada Nizar


Tahniah kepada Nizar Jamaluddin kerana mendapat mandat lebih 21,000 orang penyokong di Bukit Gantang mengalahkan Ismail Saffian yang disokong lebih 19,000 orang. Namun ia mengecilkan majoriti yang dibayangkan penulis yang memang meramalkan kekalahan Ismail Safian atas faktor diserang secara peribadi. Kesilapan memilih calon mungkin sekali lagi terjadi walaupun yang dipilih adalah anak tempatan.

Nizar selepas ini akan pantas mengiktiraf kuasa raja dan membiarkan BN memerintah Perak kerana dia kini layak memakai Camry yang dilarikan. Isu Kerajaan Perak akan lenyap bila jawatan yang ditarik balik digantikan oleh BN. Jika dirumuskan begitu, adakah penyokong PAS bersetuju bahawa kemenangan Nizar adalah kemahuan BN?

Referendum rakyat apakah apabila anda disokong oleh hanya kurang 22,000 dari keseluruhan lebih 800,000 pengundi di Perak? Itu cuma 2.75%. Janganlah menjadi Yahudi yang mengguna angka yang salah untuk meniup propaganda.

Kadang kadang, kejadian politik lebih rumit dari kewujudan cap jari. Penyokong jerit dan maki hanyalah mobs yang dipergunakan.

8 comments:

  1. Terima kasih juga kpd para bloger BPN. Tanpa anda Nizar pun tak mampu dapat undi yang berganda banyaknya.

    ReplyDelete
  2. BN dengan UMNO sebagai peneraju masih tidak dilihat bersih lagi. golongan muda dan golongan tua di BG masih melihat UMNO sebagai satu tubuh yang berdosa. selagi kit tak taubat nasuha selagi itulah kita tidak akan diterima.

    pada pemimpin diatas sila sila lah lihat sedikit dibawah. pegi amik wudhu tapi mandi junub lah dulu kot pas tu semayang sunat, taubat mungkin lah kot kita akan kembali diterima.

    pada 304 ekor tu terima kasihlah .... terbuktilah yang umno masih kotor. sekarang ni bawaklah jawab......

    yang bagi arahan malam tu sila lah arahkan diri sendiri ke pintu keluar.

    yang konon nya VP umno orang perak tu sila lah ambil iktibar... memang ada orang sokong tapi dari perak berapa orang masa pencalonan... semua ke? ada silap lagi ni kot.....

    ReplyDelete
  3. bukan nak cakap apa..faktor tun M yang menghuruharakan parti, mengutuk menghina presiden umno menunjukkan contoh yang tidak baik pada generasi muda. masalah dalam selimut pun nak cerita kat orang, so org pun pandai menilai yang mana baik mana buruk. kalau mereka kata paklah punca kalah teruk Bn masa pru 12, apa pulak punca kekalahan prk kali ni? faktor Tun M punca BN kalah?aku rasa memang ya!!pengkhianat parti seperti dia bagi imej buruk pada umno dan BN walaupun jasanya pada malaysia banyak untuk diperkatakan

    ReplyDelete
  4. salam ipohmalay..

    kemenangan nizar di BG byk dipengaruhi dengan undi daripada kaum cina dan india..Jelas,kaum tersebut terpedaya dengan janji-janji manis anwar.

    UMNO perlu bekerja lebih kuat.Saya juga berpendapat kelantangan Tun Mahathir Mohamed terhadap UMNO suatu ketika dahulu menyebabkan UMNO semakin hilang seri dan taringnya.Bukannya disebabkan pemimpin Pak Lah atau Najib..

    Apapun kita jangan cepat goyah dan gelabah..

    sekian..

    ReplyDelete
  5. Itulah yang aku bimbangkan kita jadi Melayu Singapura..itu yg. aku beritahu anak-anak aku..bukan aku x suka PAS..cuma pemerhatian aku untuk 10-15 tahun jangan tersilap perhitungan..kampung kita tergadai dan kita bersorak..& seronok..
    Ipoh malay kalau boleh Cuba dapatkan pecahan penggundi di Bukit Gantang dan Bkt. Selambau..mungkin kita boleh buat sedikit analisis dan Trend orang Melayu dan kemungkinan apa akan terjadi kepada anak-anak kita kelak...AnakPas

    ReplyDelete
  6. jatuh, tercalar..luka.. biasa la kalau berlari...nak selamat naik lori...


    steady..rock kapaak

    ReplyDelete
  7. kenapalah org-org umno masih saling tuduh menuduh menyalahkan org-org tertentu. kekalahan BN berturut-turut terutama umno dalam PRK di empat tempat selepas PRU 12 bukanlah semata-mata kerana Tun Mahadhir dan Tun Abdullah mahupun Datuk Seri Najib, kalau ada pun faktor ini hanyalah sebahagian sahaja.

    Sebenarnya apa yang lebih utama kenapa rakyat menolak Umno dan BN adalah kerana sikap ahli tanpa terkecuali samaada pemimpin sehingga hanya ketua cawangan yang begitu angkuh dan tidak langsung menghargai rakyat yang menyokong mereka selama ini, selepas lebih 50tahun memerintah masih banyak terdapat rakyat merempat di negara sendiri, sedangkan pemimpin dan kroni umno yang dipilih oleh beberapa orang ahlinya sendiri hidup bermewah-mewah.

    Kesimpulannya Umno semakin di tolak oleh rakyat bukan kerana nama tetapi cara hidup dan sikap pemimpin samaada peringkat atasan sehinggalah yang hanya menjawat jawatan ketua cawangan, masing masing sebok mengayakan diri dan kroni sahaja.

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).