Friday, April 03, 2009

Selamat Bertugas DS Najib, Terima Kasih Tun Abdullah

Najib angkat sumpah Perdana Menteri ke enam
03/04/2009 10:36am

KUALA LUMPUR 3 April — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Bernama


Abdullah terima anugerah Tun
03/04/2009 10:35am

KUALA LUMPUR 3 April - Abdullah Ahmad Badawi hari ini menerima anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN), anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur. - Bernama


Jeanne terima anugerah bergelaran Tun
03/04/2009 10:37am

KUALA LUMPUR 3 April - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah hari ini menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SMM) yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur. - Bernama

2 comments:

  1. PAK LAH..Terima kasih kerana bersikap keterbukaan.....

    ReplyDelete
  2. Muka depan.
    Khutbah Jumaat.
    Sempena pilihanraya kecil Bukit Gantang.
    Kesetiaan kepada raja dan negara.
    7 Rabiulakhir 1430h 3 April 2009
    Disediakan oleh Biro Agama Umno Bahagian Bukit Gantang Perak Darul Ridzuan

    Muka 1.
    Khutbah Jumaat Kesetiaan kepada Raja dan Negara
    Sidang Jumaat yang dihormati, Kita amat bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni buminya ini, maka wajiblah kita membuktikan kesyukuran kita padanya dengan menjunjung segala perintah-perintahnya dan meninggalkan segala larangan-laranganya. Mimbar hari ini ingin menyentuh tentang tajuk 'kesetiaan dan ketaatan kepada ulil-amri. Sidang Jumaat yang dihormati, Allah Taala telah berfirman didalam Surah An-Nisa, ayat 59, (Surah an-Nisa)...

    Muka 2.

    Ertinya, Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah dan (sunnah) Rasulullah. Jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok kesudahannya. Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa umat islam wajib mentaati Allah, juga mentaati Rasulullah dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Dalam konteks negeri Perak iaitu negeri kita ini, maka ulil-amri yang dimaksudkan ialah Sultan. Ini adalah kerana Sultanlah yang menjaga urusan agama, Sultanlah yang menentukan tarikh puasa dan hari raya, Sultanlah yang meluluskan enakmen pentadbiran agama dan Sultanlah yang melantik mufti, para imam dan memberi tauliah mengajar. Oleh itu, kita tidak boleh menderhakai Sultan dan pemimpin-pemimpin negara terutama pemimpim-pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada negara. Sesiapa yang menderhakai Sultan dan pemimpin negara, maka dia telah melanggar dan menyalahi rukun negara iaitu kesetiaan kepada Raja dan Negara. Penderhaka atau bughah menurut hukum hudud Islam halal darah mereka untuk diperangi.

    Muka 3.

    Sidang Jumaat sekelian, Merujuk kepada ucapan Perdana Menteri kita baru-baru ini, janganlah kita menjadi ekstremis agama dan kaum. Ekstremis agama bererti memperalatkan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi Pak Turut kepada nafsu dan sanggup mengada-adakan ajaran yang bukan dari ajaran Islam. Contohilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang telah memperkenalkan Islam Hadhari sebagai satu ajaran yang sangat menepati ajaran Islam sebenarnya. Islam Hadhari adalah suatu prinsip alternatif terbaik untuk manusia bagi mencapai kebahagiaan didunia dan akhirat. Sesungguhnya tujuan Islam Hadhari dirangka diantaranya untuk merangsang cara hidup sihat dan bersih dari amalan-amalan negatif seperti rasuah dan politik wang. Rakyat memang amat memerlukan pemimpin dan penguasa yang bersih dari rasuah dan politik wang. Oleh itu, mimbar menyeru kepada seluruh ahli jemaah supaya terus menyokong perlaksanaan Islam Hadhari dinegara yang kita cintai ini. Sidang Jumaat yang dihurmati sekelian, Rasulullah S.A.W ada bersabda: "Hubbul watani minal iman" Cintakan tanah air adalah sebahagian dari iman.

    Muka 4.

    Hadith ini mengajar tentang erti keimanan. Iman bukan hanya sembahyang dan puasa tetapi sifat patriotik terhadap negara juga adalah juga sebahagian dari iman. Negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 lagi. Portugis, belanda, Inggeris, jepun, semuanya telah dihalau dari bumi tanah air kita melalui semangat patriotik dan semangat kebangsaan pemimpin-pemimpin melayu kita. Itulah jasa besar mereka, itulah jihad mereka. Perkara ini telah dipertegaskan oleh Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, baru-baru ini bahawa sejarah telah menyaksikan hanya pemimpin-pemimpin Umno lah sahaja yang bertungkus lumus memerdekakan tanah air kita. Oleh itu, marilah kita terus memperteguhkan perjuangan Melayu dengan menyokong dan mengundi calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang sedang berlangsung ini. Barokallahuliwalakum filquranil azim......
    (Aku tak suka merumikan ayat-ayat Quran kerana boleh memberikan sebutan yang tak betul)

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).