Penulis memang telah ramalkan bahawa gejala politik wang akan mengotori pemilihan pucuk pimpinan PAS kali ini. Ini kerana keghairahan penyokong mereka mengutuk UMNO dahulu pasti dibayar Tuhan dalam tempoh yang amat singkat.
Mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Sesuailah perumpamaan itu terhadap hooligan dan die hard fan PAS yang tidak bertapis mulut mereka apabila memberi komen mengeji sesetengah nama dalam UMNO ketika berhadapan pemilihan.
Nah kali ini, kejilah parti mereka sendiri kerana amalan memberi saguhati telah terpakai di dalam PAS.
Perkara ini mudah diramal kerana semua orang tahu puak pro-Anwar dalam PAS sedang berusaha merampas parti tersebut dari puak ulama. Anwar yang menjadi raja politik wang dan menjadi tukang ajar cara berpolitik menggunakan wang dalam UMNO seawal 1993 sudah tentu mengilhamkan budaya ini ke dalam PAS.
Selanjutnya, sebusuk-busuk tandas UMNO yang bergelumang tahi, busuk lagi tandas PAS yang ditutup kelemahan sendiri dengan menghentam orang lain.
Malangnya, puak-puak PAS akan terus mengatakan mereka adalah betul dan UMNO adalah salah sedangkan kesalahan mereka dalam hal ini adalah jelas dengan pendedahan akhbar Sinar di atas.
Sikap buruk ini selalu dibayangkan oleh nasihat-nasihat orang tua yang menyebut " Jangan mengata orang lebih sangat, nanti jadi kat diri sendiri."
Contoh klasik ialah seseorang yang terlalu mengeji seseorang yang menagih dadah, akhirnya berhadapan dengan krisis sendiri apabila anaknya pula terjebak dalam penagihan dadah.
Tetapi apa nak dihairankan dalam perkara ini. Tangkap 100 mat rempit dan anda akan dapati ibu-bapa 70% dari mereka adalah penyokong kuat pembangkang. Ini kerana sikap rebel ibu bapa mereka menjadi inspirasi kepada anak mereka untuk mengejek polis peronda dengan harapan boleh bermain aci kejar. Ini bukan fitnah.

ala.. pada pendapat aku.. untuk depa tak pe.. untuk orang xbley..sama je mana2...hohO~
ReplyDeletePolitik wang berbentuk hadiah "Ladang Rakyat" bagi jawatan TImbalan Presiden. Ladang Rakyat beberapa ekar tanah atau duit dah tabur. Dah terjadi lama baru sedar kali ini
ReplyDeleteDari dulu PAS melaungkan bahawa UMNO itu RASUAH..sekarang RASUAH dah pergi kepada depa..perkara ini mula berlaku bila PAS bersengkokol dgn Al-Juburi..bapak segala rasuah yg dok citer dia tak penah rasuah..
ReplyDeleteGeng2 Erdagon mungkin telah membawa unsur2 rasuah ini kedalam PAS atas tunjuk ajar Al Juburi.
Inilah bahananya kalau bersengkokol dengan puak yang gilakan kuasa.Jgn jadi mcm Nizar..sanggup membelakangkan sejarah 13 Mei semata2 nak sokongan dari bangsa lain.
Jangan kerana segilintir pemimpin PAS gilakan kuasa..mertabat parti ini dipandang rendah..PAKATAN RAPUH menunggu masa untuk rebah..andai PAS masih berada di PAKATAN RAPUH...jgn salahkan ahli2 nya kalau ada yang kembali ke UMNO.
Salam Perjuangan
"bersahabat dgn syaitan takpe"..tapi harus diingat syaitan akan menuntut bahagiannya pada penghujung cerita.
ReplyDeleteinilah yg dikatakan bila dah berkawan dgn syaitan..sedikit sebanyak terpalit najisnya.
hilang imej,jatidiri dan harga diri.,termsk menyokong pemimpin tak bermoral...semua dah jadi OKKK
Salam saudar IPOHMALAY,
ReplyDeleteGolongan Parti Politik Pas ini dengan membawa Islam masuk kedalam politik telah memudaratkan kesucian Agama Islam itu sendiri di negara ini.
Bagi UMNO pula janganlah jadikan Islam itu menjadi hak mutlak Melayu pulak.Kerana Agama Islam ini bukan hanya untuk orang Melayu sahaja.Jadikanlah orang Melayu itu lebih bercirikan orang Islam dari jadikan mereka lebih Melayu Kerana , ingat kebudayaan orang Arab sendiri bukan kebudayaan Islam. Manakan boleh perjuangan Melayu gagasan UMNO boleh menjadikan orang Melayu bersatu. Tanpa perjuangan Islam yang benar dan melalui Persaudaraan Islam mustahil dilakukan.Nabi sendiri menyatu-padukan Bangsa Arab ini dengan agama Islam. Maka Apabila semua orang Melayu bejuang dilandasan perjuangan Islam nescaya Bangsa melayu dinegara ini dapat disatukan.
Parti-parti politik UMNO+PAS+PKR tidak akan dapat lakukan penyatuan Bangsa Melayu. fikirkanlah..adakah kamu semua boleh menyatu-padukan bangsa Melayu ini hanya dengan aspirasi dan Ideologi politik kamu?.Selama 500 tahun Bangsa Melayu telah cuba bersatu...apakah hasilnya?.
Ulama-Ulama negara ini yang berfikiran Intektual perlu memainkan lebih efektif dalam peranan penyatuan bangsa Melayu di negara ini sebagai Muslim.Persatuan Ulama-ulama Negara ini sepatutnya janganlah sentiasa dibawah telunjuk mana-mana parti politik.Jadikanlah badan Ulama itu berkecuali dan mainkan peranan dalam penyatuan ini."Jangan Takut pada Sultan tetapi takutkan syaitan" yang sentiasa mencari helah untuk memecah-belahkan umat Islam di negara ini.Wassalam.