Tuesday, October 13, 2009

Awasi Unsur Subversif Menghasut Sabah Sarawak

Sentimen separatis telah biasa dimainkan oleh provokator Indonesia ke atas Malaysia di Topix Malaysia Forum. Walaupun isu tersebut jelas tempang melihat situasi Aceh dan Papua, kenakalan remaja kedua-dua negara membogelkan satu persatu persoalan yang perlu dirungkai.

Adakah integriti Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebenarnya sentiasa diancam oleh anasir luar?

Umum banyak mengetahui kaitan seorang pemimpin pembangkang di negara ini yang rapat dengan pemimpin Indonesia yang dikira 'dari kem yang sama' di MATA dunia.

Tetapi kecelaruan forumer Indonesia dalam mentafsir politik Malaysia sangat jelas dan dikirakan, pihak yang lebih intelek di Indonesia mengelak untuk berdebat berhubung isu ini.

Namun, disebalik caci maki yang dipercayai bersifat 'seronok-seronok', perkara ini perlu dipandang berat agar sebarang unsur subversif dapat dikesan dan diambil tindakan yang bersesuaian.

Ini sesuai dengan kecemerlangan pasukan keselamatan yang menjaga ketenteraman negara ini yang terbentang sejauh SATU JAM SETENGAH dari keseluruhan 24 JAM lilitan bumi.

Pada perbalahan online sedemikian, tidak diketahui apakah hasilnya kelak atas hubungan di masa depan apabila generasi ini mula menjadi pemerintah.

Adakah nasionalisma dituntut mengatasi agama? Lebih memburukkan keadaan, forumer Indonesia yang paling bebas memprovokasi dengan kata-kata yang keji adalah terdiri dari kalangan penduduk Indonesia bukan Islam.

Apa yang sangat dibanggakan adalah betapa kuatnya naluri 1Malaysia melihatkan pejuang pembela negara dengan ISP tercatat dari Sabah dan Sarawak keras memberi tentangan yang intelek.

Di sebelah lain, tiada didapati pengguna ISP Aceh membela Indonesia dalam thread-thread berkaitan perjuangan kemerdekaan Aceh.

Ini bukanlah laporan adu domba. Ini laporan bahawa pihak 'anak-anak nakal' Indonesia perlu diberi pengajaran melalui teknologi.

Malaysia memang ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi bagi menghurai sejarah dalam bentuk dokumentari kelas antarabangsa yang mampu memberi pengaruh besar dalam pendidikan sejagat.

Akibatnya kenakalan anak-anak baru 'gede' ini yang bermain api dengan penuh seronok adalah dipandang ringan walau hakikat mesejnya itu berat.

Friday, October 02, 2009

Gempa Bumi Akan Lebih Kerap Di Masa Depan?

Kedudukan penempatan manusia di sepanjang pantai barat Sumatera pada masa depan adalah sesuatu yang mustahil untuk dizahirkan dengan teknologi yang ada hari ini.

Ini kerana, pada masa depan, pemanasan suhu global akan menambah beban kapasiti lantai laut untuk menerima tekanan berlebihan hasil dari isipadu yang meningkat akibat kecairan ais.

Ini akan membuatkan tekanan mendatar bertambah dan membuatkan rabung-rabung tengah lautan yang bersifat mengembangkan plat-plat bumi menjalankan aktivitinya dengan lebih kerap.

Akibat dari ini, kekerapan pembetulan plat tektonik pada pinggir subduction zone berlaku dengan cepat. Pada subduction zone ini, hanya Padang yang masih berdiri sebagai sebuah kota dan lebih merunsingkan, kota di ambang bahaya.

Walaupun impak terperosok (subducted) akibat pengembangan lantai luatan ini meliputi semua jurang-jurang lautan, Padang merupakan petempatan bertamadun paling dekat untuk hentaman sisi menunjukkan kuasanya. Padang hakikatnya berdiri di atas zon penyerap beban Lautan Hindi yang gigantik.


Bukan sahaja pembetulan tektonik gelincir sahaja yang menjadi igauan buruk Sumatera. Zon sesaran ditengah-tengah Sumatera itu belum lagi memperbetulkan kedudukannya sehingga hari ini. Lihat gambar di bawah. Anak panah biru menunjukkan kawasan pembentukan muka bumi bertebing tinggi dan anak panah hijau menunjukkan arah ricihan. Tanpa gempa bumi ricihan tersebut, zon ini masih menyimpan tenaga yang belum dilepaskan.


Sesaran inilah yang membentuk ngarai-ngarai dan tebing-tebing tinggi di Banjaran Barisan.

Hakikatnya, Malaysia perlu juga mengambil langkah peka terhadap ancaman gempa bumi berpusat di Semenanjung. Sehingga kini, belum ada kepastian bahawa di dasar semenanjung, tiada pembetulan mampatan atau ricihan yang menggegarkan pemukaan akan berlaku.

Mungkin, kitaran tenaga terpendam di Semenanjung menjangkau ratusan tahun tetapi, umum mengetahui, tiada rekod mengenai gempa bumi di Malaysia sebaik sahaja rekod-rekod alam sekitar diwujudkan, hingga ke hari ini.

Apa mungkin memang wujud satu tenaga terpendam ratusan tahun sedang menanti titik kegagalan untuk bertahan lalu terganjak. Mungkin di Bukit Tinggi yang kerap digegarkan gempa di bawah 3 pada skala Richter.



Fakta ini menjadi sebab yang jelas bahawa standard pembinaan perlu di perbaharui di Malaysia.

Adakah kita sedar bahawa Padang baru sahaja mengalami pembetulan tektonik dengan gempa sekuat 6.5 pada skala Richter beberapa ketika yang lalu.

Ini menunjukkan trend tidak sihat apabila gempabumi menjadi kerap dan pemampatan akan berlaku dengan aktif. Mungkin saat itu, Semenanjung Malaysia akan turut memasuki zon gempa Lingkaran Api Pasifik.

Seharusnya satu kajian yang jitu perlulah dibangunkan oleh cerdik pandai di rantau ini bagi membolehkan manusia berevolusi dengan alam dan tidak hanya berantakan hanya kerana isu-isu yang remeh.