Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan penolongmu kaum yang dimurkai Allah, sesungguhnya mereka telah putus asa terhadap negeri akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang telah berada dalam kubur berputus asa. ( Surah Al-Mumtahanah, ayat 13 )

O ye who believe! Turn not (for friendship) to people on whom is the Wrath of Allah. Of the Hereafter they are already in despair, just as the Unbelievers are in despair about those (buried) in graves.(Al-Quran 60:13)

KANDUNGAN BLOG INI MENEMPELAK MANA-MANA PIHAK TANPA MENGIRA LATARBELAKANG KAUM NAMUN IA BUKANLAH PENDAPAT YANG TIDAK BOLEH DISANGGAH APATAH LAGI BAGI MEWUJUDKAN KEBENCIAN TAK BERASAS. ANDA DIGALAKKAN UNTUK MEMBERI KOMENTAR DENGAN BAHASA YANG BERBUDI PEKERTI. TERIMA KASIH.

Wednesday, October 14, 2009

Kimma Perlu Dijadikan Anggota BN

Kimma wajar di terima menjadi parti komponen Barisan Nasional kerana tiada paksaan untuk asimilasi di negara ini dikuatkuasakan dan ini membuatkan tiada sebab untuk masyarakat India Muslim yang mahukan parti sendiri, ternafi hak mereka.

Kimma terdiri dari ahli yang bertutur bahasa Tamil dan beragama Islam. Mereka antara rakyat Malaysia yang hidup makmur melalui perniagaan yang cemerlang. Mereka tidak dapat menyertai MIC yang sinonim dengan kuil, dan tidak diseru untuk menyertai UMNO mungkin kerana faktor bahasa yang menjadi asas struktur negara ini.

Apa yang dibimbangkan ialah apabila Pakatan Rakyat terlalu memerlukan parti komponen bagi membolehkan ianya didaftarkan. Ini akan mendorong usaha pemimpin de facto Pakatan Rakyat untuk mengemukakan agenda konspirasinya bagi merampas Kimma melalui sengketa dalaman.

Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 7 parti komponen untuk didaftarkan sebagai sebuah organisasi politik bersekutu.

Ini akan membuka peluang kepada parti-parti yang kemaruk ini untuk memulakan kempen psikologi dan menjalankan taktik-taktik kotor.

Malaysia yang tidak mengamalkan dasar asimilasi sewajarnya menerima sebuah lagi parti orang Islam di dalam Barisan Nasional.

Kimma sebagai sebuah parti yang setia mendukung Barisan Nasional seharusnya layak di terima ke dalam Barisan Nasional dan merintis penambahbaikan Barisan Nasional dengan penyertaan sebuah parti yang dipimpin orang Islam di dalam Barisan Nasional.

1 ULASAN:

ISAC said...

Sokong!!! Bahkan orang bukan Melayu yang memeluk Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu dalam kehidupan seharian wajar diterima sebagai "Melayu".

Begitu juga dengan Kimma jika mereka mengamalkan adat resam Melayu dan bertutur bahasa Melayu.

Itu kata perlembagaan Malaysia.

Bertutur rasanya X susah...Jangan pakai sari kira ok lah....

 

blogger templates | Make Money Online