Selasa, April 21, 2009

Hadi Awang Bakal Menteri di JPM? Acah Je!

Hanya kerana cadangan untuk bersatu, Hadi Awang dipinggirkan oleh kumpulan sosialis dalam PAS. Ibaratnya, seorang pemimpin yang menyeru ke arah penyatuan ummah, ditolak ke pinggiran.

Trend ini memang bagus jika ia berakar umbi di dalam PAS kerana matlamat pemecah-belah Melayu nombor wahid negara, semakin tercapai.

Hadi Awang dinasihatkan untuk meninggalkan politik PAS yang semakin tidak relevan. Biarlah mereka yang yang nak menentang itu, merampas kerusi Presiden yang semata-mata jawatan duniawi, yang belum tentu menjamin apa-apa.

Dek kerana PAS, Hadi Awang mengkafirkan orang UMNO yang memimpin MCA dan MIC. Tetapi dek kerana PAS jugalah Hadi Awang memeluk Lim Kit Siang, pemimpin satu-satunya parti yang memandang Islam dengan helah yang sangat tajam dan berjaya mempengaruhi PAS hari ini.

Atau HAdi Awang dicadangkan untuk masuk UMNO, dan menjadi Menteri di JPM dalam hal ehwal agama. Haha. Bunyi macam kelakar. Tetapi apa yang mustahil dalam politik?

PAS telah melambung tinggi dengan pantas dan hukum alam menyebut, easy up, easy down. Masa akan sampai di mana sebuah parti yang mempergunakan Islam, yang pada masa yang sama, menentang penyatuan Islam, akan jatuh tersungkur.