Saturday, January 02, 2010

Facebook : Malaysia Berpatah Balik

Amat menghairankan apabila negara ini yang terlebih dahulu menyekat laman sosial Facebook di pejabat-pejabat kerajaan sebelum langkah tersebut diikut oleh negara-negara maju yang mula sedar, telah berpatah balik.

Sekatan ke atas Facebook telah lama dibuat di jabatan-jabatan kerajaan pusat di negara ini terutamanya di jabatan yang memerlukan kerja di atas talian yang tinggi atas alasan menyesakkan lalulintas internet.

Seterusnya banyak jabatan-jabatan awam di Eropah mula melaksanakan tindakan menyekat Facebook setelah didapati ianya menjadi punca utama kakitangan mereka membuang masa kerja begitu sahaja.

Tetapi, apabila Perdana Menteri menggerakkan Facebook sebagai platform penyampaian ulang-alik, muncul pekeliling MAMPU bulan Ogos yang menyebut, tiada arahan dikeluarkan untuk sekatan mana-mana laman web sosial selagi ianya tidak melanggar arahan dalam Perintah-Perintah Am dan Surat-surat Pekeliling Perkhidmatan.

Kini Facebook menular dengan pesat sehingga iklan di TV seolah-olah menggambarkan bahawa Mark Zuckerberg, pengasas Facebook adalah rakyat negara ini. Seperti restu besar kini diperolehi untuk kerajaan mendapatkan maklumbalas sokongan dari rakyat setelah Pakatan Rakyat berjaya menipu manifesto dan merampas undi yang dijejaskan oleh krisis Pak Lah + KJ.

Sesungguhnya, Malaysia merupakan negara dalam kelompok pertama di dunia yang menggembleng Facebook semaksimum mungkin bagi kempen politik sehingga ke tahap ke siaran TV.

3 comments:

  1. tepuk dada tanya najib

    ReplyDelete
  2. Jangan support facebook, support friendster! Walaupun dah lapuk, Friendster milik Malaysia. Hahaha..

    Aku rasa orang-orang macam kau belum faham tentang "social networking" atau "web 2.0". Facebook hanyalah satu platform. Ia bersifat neutral. Seperti Youtube atau Twitter. Ia bersifat neutral.

    Dengan Facebook kejahatan dan kebaikan boleh dilakukan.

    ReplyDelete
  3. memang kawan2 saya pun komen talian internet sesak sebab facebook.

    kita sepatutnya memantau penggunaan facebook takut mengganggu kerja harian.

    satu lagi takut kita asyik membaca komen negatif kepada kerajaan hingga mengubah persepsi kita terhadap kerajaan.

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).