Monday, February 08, 2010

Hari Tunku ?

Kerajaan cadang anjur Hari Tunku Abdul Rahman – Rais

07/02/2010 2:48pm

ALOR SETAR 7 Feb. – Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan merancang penganjuran Hari Tunku Abdul Rahman sebagai usaha menghayati jasa dan perjuangan Almarhum Perdana Menteri pertama itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, penganjuran hari seumpama itu adalah penting kerana masih ramai yang tidak memahami dan menghayati fahaman dan keistimewaan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dalam sejarah tanah air.

Katanya, antara pengisian Hari Tunku Abdul Rahman itu termasuklah menganjurkan kuiz, pertandingan esei, pameran dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan dan perjuangan Almarhum Tunku Abdul Rahman membentuk negara ini.

"Terdapat 15 agensi di bawah kementerian dan daripada itu sebanyak lima agensi adalah yang berkaitan dengan artifak dan sejarah.

“Kita akan garap kemahiran kelima-lima agensi ini untuk mencari idea (menganjurkan Hari Tunku Abdul Rahman),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Bergerak Koleksi Khas dan Katalog Khas Tunku Abdul Rahman Putra di sini hari ini.

Beliau berkata, Hari Tunku Abdul Rahman itu akan diadakan sempena tarikh kemangkatan Almarhum Tunku Abdul Rahman iaitu pada 6 Disember setiap tahun mulai tahun ini. – Bernama

Ulasan

Rasanya tidak perlu untuk diadakan Hari TAR. Titik.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).