Kata orang dari tajuk menggambarkan isi dari isi menggambarkan hati. Salah pilih tajuk, terus bawa ke refleksi hati.
Apakah tajuk yang dicipta di blog Cina Muslim milik Idham Lim yang disiar dari artikel entah siapa penulis yang dicipta pula ini membawa maksud yang jelas?
Kata orang, banyak Cina cuba berbahasa indah bak Melayu menyulam kata tetapi langkah kata yang sumbang membuatkan yang cuba dijadikan metafora bertukar kepada hamburan makna-makna yang tersurat.
Dengan menyebut "Siapa yang fitnah Najib dan Rosmah..." sudah cukup menunjukkan perilaku fitnah itu memang wujud. Kebengangan terhadap Zulkifli Nordin diperjelaskan dengan kesilapan mengatur tajuk yang akhirnya bukan sahaja dibaca sebagai metafora tak menjadi penulis itu sendiri, malah seperti mengiyakan kewujudan perlakuan fitnah tersebut. Bukan itu sahaja, ia menggambarkan seolah-olah fitnah untuk PM akan ada lagi sepanjang masa, cuma kali ini kononnya dipagar oleh Zulkifli Nordin.
Idham Lim, ADUN Titi Serong, satu dari 6 ADUN PAS di Perak merupakan orang yang bertanggungjawab menjadi perantara antara PAS dan DAP semasa percaturan politik Perak di tangan mereka. Hasilnya, negeri dijarah, istana diketepikan.
Cina 'Muslim' ini, dengan agenda politiknya, dan aturan tatacara keperibadiannya di platform PAS, kini dipandang tidak ubah seperti seorang komunis yang menyamar, menyelinap , memakai pakaian penduduk yang dicuri dari jemuran, kononnya menjadi mualaf dan mengunjungi masjid di kampung-kampung untuk mengumpul maklumat. Ini benar-benar berlaku hampir setengah abad yang lalu.
Sejarah mungkin saja berulang.

No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).