Keganasan di Bangkok berpunca dari kebebasan media yang tidak dikawal. Ketika umum berbangga kerana Malaysia berada dalam keadaan aman, ramai lupa bahawa negara boleh menjurus ke arah itu sekiranya Pakatan Rakyat dibenarkan untuk memerintah negara ini.
Ini kerana, Pakatan Rakyat akan memerintah sebagai beberapa entiti yang berasingan manifestonya dan pertikaian sesama mereka akan disebut 'masalah dalaman'. Apabila masalah dalaman ini dikusutkan oleh penyokong fanatik mereka (yang sanggup berbaring pegang bendera Palestin di istana Melayu), masalah dalaman ini dengan mudah menjadi MASALAH NEGARA.
Kita tidak boleh terlalu optimistik dengan kejatuhan LDP di Jepun yang bertanggungjawab memajukan Jepun kerana kita sedang menanti natijah dari pengganti LDP yang baru memerintah sebuah negara yang matang.
Sebuah negara yang matang memerlukan pemimpin yang matang untuk memastikan keberlangsungan yang menjana ekonomi rakyat selama tempoh kematangan itu, terus berkekalan.
Thailand, sekiranya memiliki sebuah pemerintahan yang berkekalan lama, sudah tentu dengan jayanya menjadi peneraju ekonomi Asia Tenggara. Ini kerana alam semulajadinya sendiri telah memberikan wang tanpa perlu bersusah payah mencari pelabur.
Namun, perebutan kuasa melalui pilihanraya, dan ditambah dengan kebebasan badan penyiaran dan media cetak yang keterlaluan, politik kotor tidak perlu dipanggil kerana ia akan subur dalam iklim politik yang sebegini.
Sebab itulah penting untuk media dikawal. Blog sebagai pena picisan adalah perkara yang lain kerana ia adalah nukilan individu semata-mata. Apabila badan penyiaran mengambil nukilan picisan, logiknya, mereka hilang kredibiliti kerana mereka tidak mampu berbuat adil dengan mendapatkan 29 juta nukilan picisan bersifat individualistik hasil setiap penduduk di negara ini.
Sebab itulah Malaysiakini dianggap sebagai tong sampah terbesar di negara ini. Oleh kerana majoriti rakyat Malaysia menganggap himpunan picisan terpilih seperti Malaysiakini ini adalah MEDIA SAMPAH, Malaysia kekal tenteram dan ramai mampu menarik nafas lega kerana hidup dapat diteruskan tanpa gangguan seperti di negara-negara jiran, termasuk golongan anti-Bumiputra yang tidak sedar diri.
Tetapi, Melayu mudah lupa. Mudah terpengaruh dengan ketidakpastian. Ini sahaja cukup untuk menjejaskan corak kemenangan untuk keberlangsungan ini dinikmati semua, termasuk golongan anti-Bumiputra yang tidak sedar diri yang ditekankan dua kali di sini.

No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).