Isnin, Mei 17, 2010

P212 :Jumlah Pengundi Mengecewakan Salah Siapa?

Adalah pelik untuk menyebut kira-kira 40% pengundi di Sibu telah hilang dengan menggunakan ayat "saya tidak faham mengapa ini berlaku". Adakah Pengerusi SPR terlalu mudah untuk menyuarakan ketidakfahaman beliau terhadap jumlah keluar mengundi?

Di Pandan Jaya sahaja, penulis mempunyai 3 orang sahabat dari Sibu yang merupakan pengundi berdaftar di Sibu yang tidak mungkin mahu menghabiskan wang sehingga RM500 untuk pulang ke Sibu mengundi.

Adakah RM500 tambangnya? Mungkin lebih dari itu. Tempahan penerbangan oleh wakil media, pak-pak menteri, para pencucuk angin menteri, dan mereka-mereka yang memang mempunyai wang mengatasi kuasa orang lain, menutup peluang orang lain yang lebih susah, yang mencari rezeki di semenanjung, untuk pulang mengundi.

Sahabat penulis hanya menjual burger. Atas sebab-sebab tertentu dan sebab-sebab ekonomi, pendidikan dan peluang pekerjaan, dia berhijrah ke Kuala Lumpur.

Tidak mustahil untuk menyebut bahawa hampir 10,000 orang Sibu yang layak mengundi ini berada di semenanjung. Kalau mereka di Miri sekalipun, mereka berfikir 2 kali untuk menanggung kos perjalanan pulang 12 jam ke Sibu. Kalau di Kuching sahaja pun, bakal mengambil masa 6 jam untuk pulang ke Sibu.

Apakah perkara ini tidak terfikir? Manakala pengundi di kawasan pendalaman pula, adakah mereka diziarahi untuk meyakinkan mereka semua agar keluar mengundi.

Sibu bukanlah kawasan parlimen yang merangkumi pendalaman seperti Bintulu dan Kapit.

Atau mengapa kerajaan tidak menyediakan insentif pulang mengundi dengan membiaya penerbangan atau pengangkut tetapi harus diingat, bukannya dengan memberi wang seperti yang dibuat tokoh UMNO Kelantan.

Setakat artikel ini ditulis, DAP telah diumumkan menang. Ini menunjukkan ramai pengundi Cina pro-DAP memang berada di Sibu, bermestautin di kawasan tersebut dan menjana ekonomi sendiri. Kaum Bumiputra Sibu ramai yang terpaksa keluar dari Sibu.

Jadi tiadalah wajar untuk Pengerusi SPR bercakap seperti tiada apa-apa ilmu yang dapat membantu.

5 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

bos, kawe link artikel demo di artikel terbaru kawe.


tq

Hashim berkata...

”Harap Umno dan BN sedar, tidak semua manusia boleh dibeli. Taburlah berlian dari langit sekalipun, prinsip bukan barang dagangan, kami di Kelantan sudah lama kenal perangai Umno,” kata Mursyidul Am PAS di sini.

Hashim Jilat Punkuk DAPig berkata...

”Harap PAS, PKR dan PR sedar, tidak semua manusia boleh ditipu oleh 16 september dan momokan api perkauman. Taburlah fitnah sekalipun, prinsip bukan barang dagangan, kami di Kelantan sudah lama kenal perangai PAS,” kata kickdabelit PAS di sini.

IPOHMALAY berkata...

PPC : dipersilakan

Hashim : prinsip plotak ang.. prinsip anjing kafir harbi membelakangkan ukhwah islamiah. Jelas, undi PAS untuk ke neraka secara literally. Zaman sebelum kejatuhan Andalusia, berapa banyak ulama ISlam bersekongkol dengan Yahudi yang pada mulanya dilindungi, pada akhirnya membantu Kristian memusnahkan Andalusia. Orang PAS kebanyakannya BODOH, BENGAP DAN TULI SEJARAH. orang bodoh, taksub, minum air kaki hangpa, boleh la hangpa tipu.

Tanpa Nama berkata...

Jumlah pengundi di PRK Sibu ni lebih tinggi (70%) berbanding semasa PRU 12 hari tu..Tolong update semula maklumat tu tuan tanah..