Thursday, June 24, 2010

Orang Islam Malaysia Kini Tersepit

Betapa orang-orang Islam di Malaysia benar-benar diuji Allah. Mereka kini dalam keadaan tersepit yang amat menyesakkan dada.

Apa tidaknya, ketika PAS dan PKR yang dipenuhi Melayu Islam mula dipandang jijik setelah persemendaan mereka dengan DAP menyerlahkan siapa mereka sebenar, UMNO melalui pemimpin bawahannya masih belum lagi sedar.

Ketika ini, ramai orang Melayu mula runsing, resah dan terfikir-fikir apakah yang patut mereka buat. Siapakah yang patut mereka pilih.

Mengundi PAS akan menggembirakan liberalis agama kegembiraan dan untuk melihat sekularisma total seperti 'tiada lagi peruntukan kerajaan untuk membina masjid' pastinya akan menjadi nyata.

Ini tidak perlu difikirkan dengan jauh lagi apabila ciri-ciri ke arah ini telahditimbulkan oleh Husan Musa di negeri Kelantan, negeri berpenduduk 85% Islam, dengan menyebut, pembangunan rumah ibadat orang Islam kelak mungkin akan memerlukan sumbangan orang ramai atas alasan meningkatkan komunikasi rakyat dan pemerintah. Cukup licik dan makna tersirat tidak mampu dilindungi pemilik kata kerana Allah lebih licik atas segala perancangan.

Mengundi UMNO pula ibarat menyeronokkan lagi golongan yang ibarat gerabak usang berbau karat yang ditarik lokomotif baru yang berkilat. Geseran roda yang tinggi serta kedaifan struktur gerabak tersebut memaksa lokomotif baru itu bergerak dibawah keupayaannya bagi memastikan gerabak-gerabak buruk ini tidak tergelincir tetapi; andai dihantar hujan lebat dan angin kencang, yang memusnah landasan dan menggoyangkan bebanan, terjelepuk juga gerabak-gerabak buruk ini ke paya yang hina dan kotor.

Sesetengah orang Islam di negara ini yang resah mula memikirkan tentang sistem khalifah. Itu sahaja membayangkan fisabilillah moden yang tidak pernah berlaku di negara ini terpaksa mengambil tempat. Ibarat syiling emas yang disusun tinggi di puncak gunung. Menggegarkannya membuatkan jatuh bertabur di lembah berhutan tebal yang akhirnya direbut penunggu-penunggu haloba yang menanti di hutan tersebut.

Jadi siapakah yang hendak diundi nanti? Jika orang Melayu memboikot pilihanraya atas alasan mengundi itu tidak islamik, sudah tentulah ianya merupakan tindakan menyembelih leher sendiri apabila bukan Melayu akan naik untuk memegang tampuk kuasa di tanah ini, buat pertama kali dalam sejarah 3000 tahun orang Melayu di rantau ini.

Sekiranya mereka adalah orang Islam, itulah rahmat Allah Penguasa Alam. Tetapi sehingga hari ini, bukankah mereka di dalam hati menyimpan kebencian terhadap Islam seperti yang tergambar mahupun yang tak mereka gambarkan?

Sesungguhnya, nasib kita Allah telah tentukan melalui usaha kita untuk merubah nasib bangsa dan agama. Mahu atau tidak, KONSESUS BEBAS perlu bertindak. Bolehkah mereka memainkan peranan?

Nampaknya orang Islam di negara ini benar-benar tersepit.

1 comment:

  1. Rasulullah bersabda dalam himpunan hadis mengenai akdir zaman:
    Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".
    H.R al-Baihaqi

    Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).