"Pulldown Menu" ini dipetik dari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di ruangan untuk mengisi borang bagi jawatan kosong.
Amat menghairankan apabila definisi keturunan bagi BUGIS kini dikeluarkan dari rumpun MELAYU dan menjadi satu keturunan yang tersendiri.
Bagaimana pula MINANG, ACEH, DELI, JAWA dan BATAK? Mereka juga nanti mahu keluar dari rumpun takrifan MELAYU yang terpakai di negara ini.
Apakah hanya kerana PM Najib berketurunan BUGIS menyebabkan takrifan keturunan bagi orang yang berdarah BUGIS kini menjadi eksklusif dan tidak lagi dikira sebagai orang MELAYU?
Apakah ini akibat kedangkalan atau elemen yang tidak dapat dihuraikan sebab musababnya justeru terus menjadi misteri.
Dah terang lagi bersuluh..bukan nak mengata tetapi yang mengubah dan buat kerja tu orang dalam yang bencikan PM.
ReplyDeleteSecara tak langsung ide ini membuatkan ramai orang dan asal keturunan dipersoal satu persatu oleh kaumpenjajah yang berUANG
ehhh... jangan salah faham. Bugis yang dimaksudkan bukanlah bugis di semenanjung Malaysia. Semenanjung semua akan dipanggil MELAYU. Ini sebenarnya merujuk kaum tulen bugis yang mendiami di pesisir pantai Sabah. Kebanyakan mereka dalah berugama Islam tetapi mempunyai adat, budaya serta bahasa yang unik. Harap Maklum.
ReplyDeleteBukankah rumpun melayu????
ReplyDeleteTeruklah
anon 11.28,
ReplyDeletetak kiralah bugis dari mana, bugis semenanjung, bugis pesisir sabah malah bugis dari makasar atau sulawesi sekali pun selagi ianya beragama Islam dan menetap di Malaysia maka ianya adalah termasuk dlm rumpun melayu.
Dgn mengasingkan bugis dari melayu itu hanya akan memecah belahkan.
aku berkata begitu kerana aku sendiri adalah melayu dari suku bugis.
Klu di Malaysia ini, Islam lah yg membuatkan kita bersatu menjadi satu rumpun melayu, selagi org(nusantara atau kacukan) itu islam maka menjadi melayulah dia, Islam dahulu melayu kemudian.
melayu itu hanya akan bersatu jika berpegang kepada Islam, jika keluar melayu itu dari Islam maka secara langsung rosaklah bangsa melayu itu sendiri.
Supaya orang Bugis diberi keutamaan bila mohon kerja dan memudahkan penyisihan borang.
ReplyDeleteinilah yang menjadi kekalutan dalam perlembagaan dan pemahaman rakyat...ada kawan ydari sabah dan kawan dari johor berketurunan bugis bercerita..dalam kad pengenalan dan surat lahir..di johor ditulus melayu..tapi di sabah ditulis bugis..padahal keduanya adalah berketurunan bugis..konfuse jadinya..hhee
ReplyDeletesemua yang ada di kepulauan nusantara ini autmatiok aslnya adalh rumpun melayu namun berlainan suku...
ReplyDeleteKalau dah tau tu reti2 je la...
ReplyDeleteInilah dilemma Melayu. Melayu sebenar Melayu tidak diketahui yakni Melayu sememang Melayu. Bukannya Melayu-Bugis, Melayu-Jawa, Melayu-Banjar dan lain-lain.
ReplyDeleteTiap-tiap suku Melayu ini ada adat dan resamnya. Sememangnya pelbagai. Kepelbagaian itulah yang barangkali menjadi pemisah. Sehingga kita bersuku, berpuak dan sebagainya.
Ya-ya-ya, anak cucu cicit saya nanti mungkin juga terungkit sukunya; Bugis-Viking!
Bugiskah, Jawakah, Banjarkah... Kita sesama umat Islam tetap sama tiada eksklusif mahupun inklusif.
Adieu...
Kenapa bugis di sabah tidak dianggap melayu? pada hemat sy selaku penduduk peribumi asal di sabah, orang bugis merupakan pendatang ke negeri kami yang kebanyakannya dari indonesia. Dengan menjadikan mereka melayu secara tidak langsung, kami perlu mengiktiraf mereka sebagai bumiputera yang memiliki pelbagai keistimewaan. Jadi, pada hemat anda, relakah kami sebagai penduduk asal di sabah mengiktiraf mereka sebagai bumiputera? takkan mereka yang baru setahun jagung berada di sabah ini senang2 kita nak bagi status bumiputera? Maaflah, bukan nak bergaduh. Tapi, isu di semenanjung malaysia lain, isu di sabah lain. Harapnya jangan lah disamakan. Isu ini pula merupakan salah satu isu yang menjadi sensiviti kami. harap, silah hormati perasaan kami kerana perkara ini setahu sy hanya terpakai di sabah dan sarawak.
ReplyDeleteKenapa suku Bugis (dan Jawa, Deli dll) mesti dilonggokkan dalam nama Melayu? Penulis mesti ingat bahawa istilah "suku Melayu" dan "rumpun Melayu" adalah berbeza. Kalau tuan penulis mahukan Bugis diletakkan di dalam Melayu atas alasan dari rumpun yang sama, kenapa tidak juga suku-suku lain yang tertera di dalam gambar di atas (Kadazandusun, Murut, Bisaya, Bajau, Iban, Bidayuh dll) yang secara logiknya adalah dalam rumpun Melayu (Malayo-Polynesian) sekali? Kenapa mesti Bugis sahaja? Kerana mereka Islam? Bangsa bukannya agama. Sekian.
ReplyDeletesiapa pakai keris pakai samping batik pakai destar di kepala kalau ada persamaan itulah melayu..pikirla oiii jgn pikir sejengkal je
ReplyDeleteBugis tidak menganggap diri melayu,
ReplyDeleteMelayu yg menganggap bugis sebagai melayu
Jgnlah kita salahkan ibu yg mengandung,
Jgn keluarkan pendapat atas sbb kecemburuan sosial,
Yg mampu mengubah hidup ini adalah diri sendiri.
Sekian
Ye ke bugis x anggap diri melayu,mane ko belajo..??
ReplyDeleteAku anak bugis dari perak,tp aku elok je anggap aku melayu.cume suku keturunan aku je dari bugis.kt semenanjung,suku bugis ke banjar ke jawa ke minang ke semue dianggap dalam serumpun melayu.tulah yg buat melayu ni bewarna warni.sepatutnya kite patut pertikaikan bagsa lain yg dok monopoli ekonomi malaysia ni,bukannye dok petikaikan suku2 dalam melayu.aku harap orang sabah dan sarawak pn same,patut petikaikan macam mane nak tempuh bangse luar.bukannye sibok dok pikir x setuju jike suku dari bugis yang dalam serumpun melayu tu dapat warganegara.patut sibokkan macam mane bangse dari cine dari india yang dok pegang ekonomi dan makin beso pale di negare kite ni di patut dipikirkan.tolong lah.kite ni melayu.jangan le merah mate,dengki,petikaikan kt bangse melayu bile dapat kelebihan,kesenangan.cari le bangse lain kalau mate pon.melayu ni semue tempat pn ade,x kire le semenanjung ke,sabah,sarawak,indonesia,thailand,kemboja,filipina semua ade orang melayu.
Sokong...sangat
DeleteCuba dtg ke wilayah asal bugis d sulawesi tidak ada yang menganggap bugis itu melayu. Bugis is bugis. Melayu is melayu.
DeleteBismillah.....
ReplyDeleteSaya lebih suka kalau bugis tak di panggil melayu,...kerana malu menumpang dengan org melayu.kerana kite org bugis ade bahase , bangse dan identiti sendiri...,gelaran melayu hanye menghilangkan bahase kite,adat kite dan asal usul kite ,walaupon dah 5generasi di tanah melayu..sy tetap nak jadi org bugis sebb mak dan ayah berketurunan bugis.cukuplah sekadar pinjam bahase melayu utk pertuturan harian.,
Perasan x ,kite semua berbilang suku bangsa ..ade jawa,banjar,bugis, tapi yg dapat nama melayu...kemane keturunan kite nnti.tabik spring kat mudemudi jawa yg masih boleh cakap jawe walaupun dah berbilang generasi di tanah melayu.
#jgnkecamsy
#sukukiteuniq
#lovemalaysia
Setuju daeng. Ada bahasa tulisan sndiri malah di bilang melayu. Maw d tikam arung palakka kah tiba2 jadi melayu. Bugis adalah bugis
DeleteBismillah.....
ReplyDeleteSaya lebih suka kalau bugis tak di panggil melayu,...kerana malu menumpang dengan org melayu.kerana kite org bugis ade bahase , bangse dan identiti sendiri...,gelaran melayu hanye menghilangkan bahase kite,adat kite dan asal usul kite ,walaupon dah 5generasi di tanah melayu..sy tetap nak jadi org bugis sebb mak dan ayah berketurunan bugis.cukuplah sekadar pinjam bahase melayu utk pertuturan harian.,
Perasan x ,kite semua berbilang suku bangsa ..ade jawa,banjar,bugis, tapi yg dapat nama melayu...kemane keturunan kite nnti.tabik spring kat mudemudi jawa yg masih boleh cakap jawe walaupun dah berbilang generasi di tanah melayu.
#jgnkecamsy
#sukukiteuniq
#lovemalaysia
Sokong pendapat tuan. Budaya Bugis dan Budaya Melayu takkan pernah berbaur. Kalau dah hilang Budaya Bugis Cari Dan gali lah...nenek moyang Kita tinggalkan Budaya yang tinggi, tinggalkan sejarah YG indah2...Kita sebagai pewaris Bugis perlu gali, cari dan belajar Dan pertahankan jati diri Bangsa Kita sebagai orang Bugis
DeleteLucu orang malaysia, yang islam pasti melayu. Padahal arab saja tidak pakai stilah yang islam pasti arab. Jawa bukanlah melayu, bugis bukanlah melayu, hanya di malaysia semua disebut melayu. Jawa suriname,jawa belanda,jawa kaledonia baru,bugis australia mereka tidak ada melayunya. Silah cek sejarah melayu, baru muncul abad 7 . Sedangkan jawa abad 4. Tidak ada satupun orang jawa diluar malaysia yang mau disebut melayu, beda bahasa,budaya dan leluhur. Orang jawa lebih dekat dengan orang sunda dan bali secara genetik. Jumlah melayu di indonesia hanya 6 juta, jauh di bawah sunda dan jawa.
ReplyDeleteHanya melayu semenanjung yg menggangap seluruh nusantara itu melayu pdhal di kepulauan ini tdk smuanya etnis melayu ,, klopun mksud anda bangsa yah sebut ajh kita bangsa austronesia dan berbahasa melayu bkn brti kita orang semua melayu ,, kami org sumatera tau melayu hanya ada dipesisir timur dan pesisir borneo ,, selain itu sprti jawa sunda madura bugis banjar batak aceh gorontalo maluku timor bknlah berbudaya melayu
ReplyDeleteBetul sekali
Delete