Sunday, December 05, 2010

Anda Yakin Ketuanan Melayu Itu Menyanggah Islam?

Ketuanan Melayu tidak Islamik? Adakah Ketuanan Arab Islamik? Apa yang membuatkan Arab berjaya mengubah dunia pada abad kegemilangan Islam? Hari ini, kita melihat tiga puak Islam ni Malaysia. Yang menyokong pemerintah, yang menyokong pembangkang dan yang bersifat neutral. Ketiga-tiganya berbangsa Melayu.

Pada masa yang sama kita melihat, Golongan Islam yang menyokong kerajaan berusaha mengajak Islam yang menyokong pembangkang ke meja rundingan. Ini disokong oleh golongan Islam yang neutral. Tetapi ditolak golongan Islam penyokong pembangkang atas alasan mereka paling benar.

Sikap besar kepala mereka tidak ubah seperti golongan Arab sebelum kedatangan Islam yang berbangga dengan puak masing-masing sampai satu masalah remeh pun tidak mampu mereka selesaikan.

Dengan kewujudan Ketuanan Arab di zaman khalifah, mereka disatukan atas nama Islam. Hinggakan Yaman yang berbahasa Sabaean, Mesir berbahasa Koptik, Iraq/Kuwait/Oman yang berbahasa Parsi , Jordan-Palestin yang berbahasa Aramaic, Libya berbahasa Libu, Algeria/Magribi dengan Berber, semuanya kini menjadi Arab. Bukankah itu satu bentuk pembangsaan semula atas dasar ketuanan juga?

Akhirnya mereka semua menjadi Arab. Sedangkan semua orang tahu bahawa Arab merupakan sebuah bangsa.

Istimewanya bangsa Arab ini adalah kerana Al-Quran diturunkan kepada Nabi terakhir dari kalangan bangsa Arab dan terjemahannya memanglah apa yang kita rujuk hari ini.

Malah anak Melayu yang pandai berbahasa Arab tetaplah tidak menjadi Arab. Tetapi anak Parsi, Aramaic, Sabean, Koptik dan Berber semuanya telah di Arabkan atas dasar Ketuanan Arab!

Jika 'ketuanan bangsa' tidak dibenarkan dalam Islam sepanjang sejarah Islam, mengapa hanya tertegak sistem Khalifah satu bangsa satu bahasa, yakni Arab? Mengapa tiada sub-Khalifah Parsi, sub-Khalifah Aramaic, sub-Khalifah Koptik, sub-Khalifah Sabean, sub-Khalifah Berber dan sub-Khalifah Libu ?

Ketuanan Melayu adalah istilah yang menyeru bukan Melayu supaya bersegera BERASIMILASI menjadi Melayu. dengan cara yang sopan dan beradap untuk menikmati keistimewaan hak-hak. Tidak seperti Thailand, Vietnam, Indonesia yang menggunakan tentera dan undang-undang.

Kesan asimilasi di Indonesia, ramai Cina memeluk Islam. Adakah ini tidak islamik? Islam jenis apa yang PAS anut?

Apakah PAS mengatakan Islam selama ini telah disuburkan oleh dasar yang tidak betul selama beribu-ribu tahun? Benar, PAS ialah Parti Ajaran Sesat.

PAS menyebut Ketuanan Melayu tidak Islamik? Apakah PAS mengeluarkan fatwa dari Parti Ajaran Sesat itu lagi dengan mengambil kesempatan atas tahap pemikiran orang Melayu yang kurang mengkaji?

Anwar Penipu, PAS pembohong, Dr. MAZA cari publisiti. Sokonglah lagi.

2 comments:

  1. Jika dilihat dari definasi Melayu ikut perlembagaan. Ketuanan Melayu juga boleh disebut/diertikan sebagai Ketuanan Islam.

    ReplyDelete
  2. benar sekali.. lg pun 95% orang islam di msia ialah melayu.. perlembagaan menyebut melayu mesti islam.

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).