Mahkamah halang buku fitnah Anwar diedar
KUALA LUMPUR 17 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendapat perintah injunksi interim terhadap penulis buku bertajuk 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM yang didakwa mengandungi kata-kata bersifat fitnah terhadapnya.
Perintah tersebut melarang penulis buku itu, Khalid Jafri dan penerbitnya, Media Pulau Lagenda daripada menulis, menerbit, mengulangi, mencetak dan mengedarkan buku tersebut ataupun sebarang pernyataan fitnah mengenai Anwar.
Menurut kenyataan peguamcara yang mewakili Anwar, Tetuan Faiz & Co., perintah itu diperolehi dari Mahkamah Tinggi di sini petang ini.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa Anwar tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang yang wajar dan bersesuaian bagi membela maruah diri dan kedudukan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Sunday, December 19, 2010
Antara Bukti Anwar Menyekat Kebebasan Media Semasa Menjadi TPM
Berikut adalah laporan Utusan Malaysia bertarikh 18 Jun 1998. Anwar memperoleh injuksi Mahkamah supaya Khalid Jafri dihalang dari menuduhnya melalui buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM. Soalnya, tidak siapa tahu apa isi buku tersebut di akhbar. Itu sahaja menunjukkan bukti bahawa dia membungkam kebebasan akhbar semasa dia berkuasa. Tetapi hari ini, dia menyemarakkan fitnah dan dusta dan menuduh akhbar tidak bersifat terbuka. Fitnahnya mengaitkan Najib dan Altantuya terpampang di akhbar.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).