Saturday, December 18, 2010

Barisan Nasional Lalai Dalam Satu Perkara

Sebagai pemerintah yang mengharapkan momentum kemenangan dari orang muda, meletakkan muka yang tua-tua dalam kabinet adalah tidak wajar langsung, malah tidak berkesan.

Mereka boleh menjadi Naib Presiden dan jawatan tinggi-tinggi dalam parti sekalipun, tetapi untuk menjalankan kerja yang perlu mendasari hati kehendak rakyat yang piramid demografinya dipenuhi orang muda, bukanlah orang-orang tua yang pasti tak sebulu tentang itu ini.

Apa pula kapasiti Rais Yatim semasa dilantik Menteri Penerangan kali pertama pada tahun 1984? Ketika itu dia berumur 42 tahun. Hari ini, tiadakah pemimpin muda dalam lingkungan itu sesuai menjawat portfolio sepenting itu?

Pada tahun 1979, Samy Vellu mula menjawat Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan pada usia 43 tahun. Lim Keng Yaik menjadi Meneri Perusahaan Utama pada tahun 1986 pada usia 47 tahun. Ling Ling Sik juga dilantik Menteri Pengangkutan pada tahun 1986 pada usia 43 tahun.

Senario hari ini, Mukhriz Mahathir yang berumur 46 tahun pun hanya menjawat "timbalan menteri".

Jika rejuvenikasi UMNO tidak mengambil tempat, nescaya segala usaha menjadi sia-sia kerana golongan muda tidak dirangsang oleh suara pemimpin muda dalam kerajaan.

Usaha ini pada zaman awal pemerintahan setiap perdana menteri baru, telah memanjangkan hayat pemerintahan Barisan Nasional.

Tindakan kerajaan BN menempatkan orang muda pada tahun 1970an dan awal 1980an adalah ibarat BN diremajakan semula setelah meniti usia tua.

Justeru, kuasa politik UMNO dipanjangkan. Hari ini, disebalik segala laungan, sesungguhnya Malaysia dipimpin oleh kumpulan orang-orang tua yang dipandang tidak releven oleh sesetengah masyarakat pada peringkat tertentu.

Rejuvenikasi belum terlaksana. Ini menentang tradisi!

1 comment:

  1. Salam,

    saya setuju sangat dengan tuan penulis dalam soal ini..

    terasa agak ramai menteri yang dilantik seolah-olah tidak mampu menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka..ada yang dah tua kerepot jadi macam mana nak ada pembaharuan ?

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).