Jumaat, Disember 03, 2010

Celaka! Harga Minyak Naik! Harga Gula Naik!

Desas desus minyak naik telah membuatkan stesen minyak diserbu lagi. Di mana-mana. Termasuk di dalam gambar tak bernama di sebelah. Saya isi di sebuah stesen minyak sebentar tadi dan kesesakannya membuatkan saya terus ke pam RON97. Beberapa orang terlihat-lihat keletah saya. Seolah-olah menunjuk kaya. Saya tidak mempedulikan telatah mereka.

Di Facebook, ada rakan pro-pembangkang yang menghantar komen menyindir lembut. Ubah cara hidup paksaan kerajaan katanya. Saya menjawab dengan lembut juga. Rakyat negara ini sangat 'season' hinggakan cara hidup terpaksa ditetapkan kerajaan.

Ini amat janggal bagi Malaysia yang mana di Thailand, Filipina dan Indonesia, rakyat menentukan cara hidup mereka. Bukanlah kerajaan.

Jika minyak Thailand paling murah RM3.20 itupun hanya sesuai untuk mesin rumput, bagaimana pula dengan harga Teh O Ais boleh berharga 10 Baht sahaja? Masih adakah kedai, hatta gerai tepi longkang hanyir di negara ini menjual Teh O Ais dengan harga RM1.05 ? Gula nya 23 Baht atau RM 2.44 sekilo!!!! Petrol 95 nya 32 Baht RM3.46 seliter !!!!!!

Di Indonesia, Teh O Ais, atau Teh Manis Dingin berharga Rp3000 atau RM1.04 dengan gula pasir sekilo di sana telah mencecah Rp9500 iaitu RM3.14 !! Harga petrol jenis RON95 di sana sekitar Rp5500 per liter atau RM1.92 !!!

Cukuplah contoh itu, dihuraikan contoh harga makanan, negara ini patut malu.

Sebenarnya yang tak kena dalam negara ini ialah golongan peniaga! Tak ke betul? Tetapi setiap kali bahan asas meningkat, rakyat yang tuli dan buta akan menyalahkan kerajaan. Sedang Thailand dan Indonesia mereka buat tak nampak, apatah lagi di persada OPEC.

Ini bermakna mereka mahu kerajaan mengawal cara hidup mereka. Ini bermakna mereka merasa bahawa mereka terencat dalam mengawal cara hidup mereka sendiri!

Pada masa yang sama mereka memberi sokongan kepada parti politik yang mahu meliberalkan segala-galanya. Parti itu mahu kerajaan tidak lagi mengawal dan menyekat mereka mengumpul kekayaan di negara ini! Hakikat pelik tanda dunia hampir kiamat.

Saya tak mahu tahu berapa nilai yang naik. Saya terus mengisi RON97 di Petronas tersebut tanpa mempedulikan mata memandang. Sebalik berlalu, ramai yang rela beratur dan membiarkan pam hijau itu kosong.

Agaknya mereka perlu ke sana ke sini jumpa skandal, jumpa teman, makan angin, balik kampung, lepak tepi padang bla, bla bla, malam ini. Rugi isi RON97 agaknya. Saya tak perlu semua tu untuk minggu ini. Apa salahnya membeli RON97 yang berharga RM2.30 seliter itu?

Rakyat diajar hipokrit secara besar-besaran oleh parti pembangkang dan sedang mencipta celaka untuk diri mereka sendiri. Hakikatnya, negara tidak 'seIslam' negara ini seperti Thailand dan Indonesia, lebih mempunyai peniaga yang beretika dan rakyat yang rasional.


15 ulasan:

malaysiamana berkata...

Ulasan yang menarik.

Sememangnya peniaga/pemborong/pengilang di Malaysia ni kuat cekik darah, dan takde orang yang nak marah dia orang ni. Tipa-tiap hari mengaut untung beratus juta ringgit dengan bermain harga.

Ramai orang asyik nak salahkan kerajaan, makinlah peniaga ni naik tocang. Ingat komplot sorok tahun 70an dulu? Isu bakar anak ayam 3 tahun lepas bila harga ayam turun?

Harap-harap orang Malaysia pandailah guna otak masing-masing, jangan hidup atas dasar gosip dan dengar2 saja.

Ada salah dipihak kerajaan, ada salah di pihak peniaga, semua yg salah harus diperbetulkan, jgn pilih bulu.

Tanpa Nama berkata...

Sokonglah lagi. BN ni kan kerajaan "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN". Jangan kata 'celaka", kan kerajaan yg awak bangga2kan selama ini. PTUIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH. Padan Muka Aku.

Tanpa Nama berkata...

Kalau macam tu mari kita kata celaka kat Anon 12.07am tu....Celaka...celaka...celaka....nik aziz poyo kata, tak apa kata celaka. nak ambik kau.....ANon 12.07am. Apa pun betul kata IPOH MALAY aku tak kisahkan sangat harga minyak ni naik tetapi yang aku bengang sekarang kenapa /peniaga/pengilang/penmborang ambil kesempatan naik harga juga..siapa yang celaka dalam hal ini...sudah tentulah kumpulan2 yang makan babi tak ke celaka namanya tu. lepas salahkan kerajaan naik harga. lu pikiq la sendiri.

hahn berkata...

Yang beratur tu pun mangkuk sebabkan beratur sampai jalan jam. Minyak yang nak di jimatkan tu pun habis dek kerana jam dan beratur.

Belum cerita keadaan itu membuatkan enjin pun kearah semakin perlu servis. Betul cara Ipoh Malay.

Masalah peniaga naik harga kerajaan tak kawal tu PR tak heboh pulak. Dorang ni kurang cerdik cari isu agaknya.

Pakai la isu yang ketinggalan.

Tanpa Nama berkata...

teh tarik 12baht, roti canai sekeping 7 baht, miyak gasohol 95 32 baht....betul aku duk sini lagi save, kalau balik KL kena cekik hidup2 oleh mamak2 KL......

anti bohmau berkata...

assalamu'alaikum ipohmalay,

perbandingan mudah yg tuan buat tak semudah itu diterima kaki pembangkang yg kerja mrk hanya tahu membangkang saja! mrk akan bandingkan pula dgn negara pengeluar minyak yg LEBIH BESAR/BANYAK pula krn harga minyak negara2 pengeluar tersebut jauh lebih murah! adaka banding lada hitam dgn lada benggala (capsicum)? hehehehe...

celako! celako! celako!
celako sungguh tak buleh nok peturun harga ikut suko kito!

kalau pr memerintah, agak2 boleh tak petrol di jual rm1.00 seliter? baru 50% turun! kata nak bagi air free, minyak pun boleh la bagi free jugak kan? apa? tak jamin? ek eleh..masa pilihanraya bukan main lagi janji itu janji ini. dah tahu tak boleh menang, janji macam2la. bila menang 3,4 negeri, dah tak boleh kotakan janji manis mu! sekarang air selangor & kedah punya hal, apa cerita?????? klate dah 20 tahun dok lagu tu jah!!!!

IPOH MALAY berkata...

betul tak kawan² ... betul kan? peniaga di negara ini yang cilanat..

tetapi mereka akan kata.. "ada demand ma.. mahal pun pengguna beli.."

akhirnya, salah jatuh pada pengguna jua!

Tanpa Nama berkata...

Dah kalau kereta yg beratur tu setakat kereta biase2 mcm kancil,buat pe nk gatal2 pki RON97..better kerajaan kekalkn je hrge RON95,kalau nak naikkan jgk naikkan la RON97,biarlah smpi RM3 seliter...ye lah,tak rmi kn yg pki RON97,yg pki pun org2 yg kaya je,ade berani??

IPOH MALAY berkata...

pandangan anda dikira bijak..

tapi kalau tengok di kl.. sepatutnya bagi RM4 seliter.. bas ditambah.. tambang bas bandar RM1 ke mana2 destinasi.. tapi takleh pulak buat camtu kan? sebab apa? pengguna akan beli juga petrol sambil maki gomen..

hehehe

Tanpa Nama berkata...

harga barang naik, rakyat tidak terbeban. apa punya statement daa? harga minyak naik, harga gula naik. hangpa rasa barang lain tak naik harga kaa? budak sekolah pun mesti complain makanan kat kantin mahal tak pun harga sama tapi kuantiti sikit. budak sekolah pun mesti terbeban, inikan orang lain, ape daa. hangpa memang la tak rasa, duit hangpa belambak, halal haram semua hangpa sapu. cakap pasal subsidi kerajaan, subsidi kerajaan, tu bukannya duit poket hangpa, duit cukai rakyat juga, duit rakyat kembali lah kepada rakyat

Tanpa Nama berkata...

Tindakan menaikkan harga yang disebut penyelarasan subsidi itu juga dikatakan bakal menjimatkan perbelanjaan kerajaan, sekaligus membolehkan peruntukan itu digunakan untuk perbelanjaan pembangunan lain.....

IPOH MALAY berkata...

cukai? tahukah empunya ayat cukai itu bahawa indonesia baru mengenakan cukai restoran kepada semua restoran dan WARUNG!

kerana mahu memahalkan makanan? kerana nak kutip duit?

dan fikirkan pula rakyat Malaysia (MELAYU) yang kalau sepasang tua memiliki 8 anak. Berapa kerat yang membayar cukai?

Hidup di Malaysia adalah paling palsu. "Nyahkan UMNO" supaya lekas "berpijak di bumi nyata"..

mainan mereka anda tidak mahu tahu, anda cuma menghafal mainan pemerintah semata2 untuk membangkang.

adakah itu adil untuk diri anda?

anti bohmau berkata...

yg selalu lari dari bayar cukai & duti import barang tapi pakai juga barangan bersubsidi apa cerita?

yg membangkang sgt2 ni dah bayar cukai ke dak?

segala benda nak bangkang walaupun nyata pembangkang hanya pandai membangkang!!!

tak kisahla minyak naik 5 sen.

tu mokyoh jual budu paye (tempayan) belakang umah dia naikkan harga sampai 30,40 sen sebotol apa cerita? bukannya dia bawak naik lori pun budu dia, kita yg pergi beli di umah dia!!! dasar opportunis juga mokyoh ni!!!

Tanpa Nama berkata...

Balik balik kata orang PR dan PR tak cerdik. Yang korang tu cerdik sangatlah naik kan harga minyak dan gula tu. Janganlah berpura pura, pusing sana pusing sini, beri pendapat gitu gini konon nya BN ni tak membebankan rakyat, kunun (kata mahadet). Sebenarnya korang tu cukup berbulu dengan BN ni, tapi nak buat macam mana, pendamkan ajelah perasaan tu.

PORAHHHHHHHH.

IPOH MALAY berkata...

bohmau ; aku rasa anon atas ni terlebih cerdik.. aku dah hurai kot, dia nak kupas kot mana lagi tatau..