Husin seorang memiliki tanah di baruh pada tahun 1950. Pada tahun 1984, dia tergadai tanah dia kat bank orang putih. Bank orang puteh ni hantar sorang petani Jepun, Tokoyama supaya duduk di tanah Husin, membantu Husin di ladangnya.
Dek kerana hantu kedai kopi dan kulit lilin, Husin membiarkan Tokoyama bekerja berurusan dengan bank asalkan hutang bank terbayar. Husin ralit mengkaji macam mana nak selesaikan hutang bank. Pada tahun 1995, saat hutang bank dah selesai, keluarga Tokoyama di tanah Husin dah sama ramai dengan keluarga Husin.
Rupanya, bank kata, urusan menghantar pulang Tokoyama yang mencecah berjuta-juta ringgit itu tidak ditanggung oleh bank. Husin gelisah. Demi melepaskan diri dari beban hutang (atau di kautim pegawai bank), Husin memberi izin Tokoyama menggunakan alamat tanahnya untuk surat menyurat.
Bukan itu sahaja, Tokoyama juga semakin hari semakin aktif di kebun dan Husin seronok menjadi pengurus.
Akhirnya, pada tahun 2000, Tokoyama mendesak agar namanya diletak di dalam geran Husin. Sudahlah berbual pun jarang agama pun lain-lain, bersaudara cuma nabi Adam, disokong pulak oleh dua tiga kerat orang-orang rumah Husin sendiri. Tak ke haru.
Orang rumah Husin pulak, sengaja nak bagi Husin mati heart attack mengenang sikap tak kenang budi anak-anaknya sendiri. Cuba pikir, kalau Husin mati, anak dia dua tiga kerat dengan anak Tokoyama yang berpakat tu, nak buat apa dengan tanah tu?
Gadai la! Boleh buat loan lagi! Adik beradik lain mana tahu!
Inikan sentimen boleh diduga, malah contohnya terpapar sebagai kenyataan yang boleh didramakan. Masyarakat yang berfikir boleh mengambil teladan dari apa yang berlaku. Apa yang benar, apa yang tidak.
Ia tidak terkait mana-mana bangsa. Sekiranya watak Tokoyama digantikan dengan Nguyen dari Vietnam sekalipun, jika membangunkan Husin dengan cara yang agak biadap, Husin tak mungkin senang dengannya. Kalau sama agama, bolehlah Husin terangkan apa yang boleh apa yang tidak.
Tapi kalau Islam, afrika pun Husin terima jadi keluarga kahwin silang. Tapi anak Husin yang sekolah agama bersekongkol pulak dengan anak Tokoyama. Tak ke parah?
Kalau ada drama macam di atas di TV, plagiat imaginasi teman ler tu. Awas yer. Hehehe.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).