Tuesday, December 21, 2010

Indonesia Juga Dapatkan Khidmat APCO Worldwide?

Wah. Hebat. Bukan Malaysia jer yang mendapat khidmat nasihat APCO Worldwide. Indonesia juga mendapatkan khidmat APCO Worlwide agaknya. Kalau tak, masakan boleh timbul 1 Indonesia, Masyarakat Dahulukan, Pencapaian Utamakan, Untuk Indonesia.

Sebenarnya, slogan ini adalah inisiatif pemerintah Jogjakarta yang dilancarkan Oktober 2009, sempena Jogja Java Carnival 2009, kira-kira 6 bulan selepas 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, dilancarkan oleh PM di negara ini.

Bagi orang yang berakal, buang masa sahaja untuk menyebut tentang isu tiru-meniru, atau klaim-mengklaim, curi-mencuri. Semua falsafah, semua seni, semua budaya adalah milik tamadun manusia yang diciptakan berbeza-beza dan terkurung dalam batas sempadan ciptaan manusia yang mengasing-asingkan mereka.

Cuma penafsiran dan pemakaiannya yang bergantung kepada pecahan etnik yang diikat oleh rumpun bahasa yang sama.

Maka, apakah 1 Indonesia itu juga mengikut One Israel? Apakah mereka juga terlibat dengan khidmat APCO Worldwide? Apakah mereka tidak layak menggunakan slogan yang sama? Itukan bahasa mereka juga.

Jika kita menyebut satu bangsa, satu bahasa, satu negara sejak tahun 1960an lagi, hingga wujud lagu Malaysia Berjaya yang mempunyai frasa tersebut, di manakah salahnya bila kita menyebut Satu Malaysia yang menggabungkan kesemuanya?

Sebenarnya Anwar mempunyai agenda tersendiri dalam menyebut Satu Malaysia itu meniru One Israel. Nanti teman kupaskan.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).