Bunyi cadangan ini macam tidak Malay-Centric. Tetapi ia sangat Malay-Centric jika dilihat dari satu sudut. Apa bagusnya idea ini? Idea ini lah jalan terbaik bagi menamatkan polemik Bumiputra dan non-Bumiputra di negara ini.
Hanya dengan menjalankan temuduga secara panggilan berdasarkan pendaftaran ke atas non-Bumi, pemilihan proses pembumiputraan dapat dilakukan. Lebih kurang seperti SPA lah. Kriteria semestinya mengenai kefasihan dan duga cara guna dan cara laksana Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian seseorang itu perlulah dilakukan. Lawatan ke rumah pemohon juga perlu dilakukan.
Kriteria sebagai seorang Bumiputra tidak susah. Hanya dengan memiliki MyKad dan mengutamakan Bahasa Melayu dalam semua segi kehidupan, seseorang yang berasal dari benua lain yang telah meninggalkan bahasa benua lain itu dan mengamalkan budaya dan bahasa setempat, seseorang itu layak dibumiputrakan.
Langkah ini akan membuatkan penyanggah bumiputra akan mengunci mulut mereka sendiri kerana kebanyakan mereka tidak layak dibumiputrakan. Bahasa Melayu mereka bak tongkang pecah.
Sedangkan personaliti-personaliti terkemuka seperti Prof. Lim Swee Tin, seorang sasterawan Melayu yang menggunakan 90% bahasa Melayu dalam kehidupan mereka di rumah, telah lama wajar dianggap sebagai bumiputra.
Pertama kerana kefasihan beliau, isteri dan anak-anak dalam Bahasa Melayu yang di amalkan dirumah. Kedua kerana penghargaan dan pengorbanan mereka dan rasa cinta mereka terhadap Bahasa Melayu yang sangat tinggi. Ketiga, kemuafakatan keluarga beliau yang berazam untuk berasimilasi.
Jika nak sebut peratusan Bumiputra yang menggunakan bahasa benua lain, bukan tak ada 'Bumiputra' yang dalam UMNO yang adakalanya masih bertutur bahasa Tamil sesama keluarga. Sudah tentu ini bukanlah kesalahan.
Teman percaya bukan sedikit bukan Melayu di negara ini layak dibumiputrakan. Ini juga mendorong Bahasa Melayu menjadi perkasa secara tiba-tiba dan akhirnya ia menguntungkan peradaban Melayu negara ini.
Apabila status Bumiputra terdapat pada kad pengenalan rakyat Malaysia yang layak, tanpa mengira kaum, yang jelas tiada siapa yang rugi. Kecuali mereka yang tak turut serta berasimilasi.
NAMPAK MCM TAK LOGIK IDEA INI.TETAPI JIKA DIFIKIR SECARA MENDALAM MENARIK JUGA.SY YAKIN RAMAI KAUM LAIN YG LAYAK.KALAU KITA LIHT DI TV CONTOH PROF KHOO KAY,PROF LIM & RAMAI LG LEBIH LAYAK BERBANDING DGN SEGELINTIR ORG MELAYU YG ADA PENYAKIT RENDAH DIRI TIDAK MAHU BERCAKAP BAHASA KEBANGSAAN,BILA DITEMURAMAH.MEREKA LEBIH SENANG MENGUNAKAN BAHASA INGGERIS YG KADANGKALA TUNGGANG LANGGANG KALAU MAT SALEH DGR PON DIA TAK FAHAM.INGAT SATU MASA DAHULU SESIAPA YG MAHU BERNIAGA DINUSANTARA INI WAJIB FAHAM BAHASA MELAYU,PADA MASA ITU JUGA SESIAPA YG TIDAK BOLEH BERBAHASA MELAYU DIANGGAP SEORANG YG KOLOT & TIDAK BERPELAJARAN.
ReplyDeleteya.. memang sesuatu yang sepatutnya kini menjadi tidak lojik..
ReplyDeletekerana kita tak bersatu..
hahaha
Menarik untuk difikirkan. Manalah tahu kalau kalau lebih ramai orang orang seperti T.C.P. boleh lahir. Tetapi kalau lebih ramai orang seperti Farid Ravi dan Ridhuan Tee ikut terjadi; hamba percaya ia akan menjadi isu juga.
ReplyDeleteBahkan sekarang pun apabila ada anak anak mereka tiba tiba menjadi mahir bahasa Arab anak anak itu dikeluarkan dari sistem itu.
Gunakanlah rasional bukan emosi dalam memilih sesuatu.