Sabtu, Mei 08, 2010

UMNO Tambun : Sila Dengar Nasihat Presiden

UMNO seperti yang disebut Presidennya, akan mengalami kejatuhan seperti LDP di Jepun sekiranya budaya berpuak-puak dalam UMNO yang mencetuskan komplot, tidak dihapuskan.

Usaha ini jelas telah mendatangkan kesan bila terdapatnya virus dengki dan benci dalam UMNO Tambun berkeliaran membuat onar di masa ini.

Perbuatan melaga-lagakan boleh membawa Tambun ke era 5oan di mana kerusi tersebut bukan milik UMNO. Parti Sosialis pernah menguasai Tambun.

Budaya yang dibawa ke dalam UMNO Tambun oleh pembawa virus ini sebenarnya mempunyai matlamat yang sukar di duga. Sama ada memecahbelahkan, atau kiasan alter ego ketuanya?

Penting bagi kita sekarang ialah dengan memaksa wakil rakyat mengikut kehendak umum bagi memastikan survival UMNO di Parlimen Melayu Ipoh ini berkelangsungan.