Tuesday, January 11, 2011

Harakah Menipu Lagi. Malaysia Kononnya Hampir Muflis.

Serakahdaily sekali lagi memulakan permainan menipu mereka. Sebelum ini dengan kisah Alex Ong dan Robingah (yang mereka masih terdiam), kali ini dengan isu Malaysia di gerbang kemuflisan.

Mereka menuduh bahawa penjualan bon akan memufliskan negara tetapi mereka tidak mengkeji bahawa tindakan tersebut telah lama diamalkan bagi memperoleh sebuah negara yang kita dapat hari ini.
Malaysia sedang menuju gerbang muflis
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 11 Jan: Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika Umno BN terus berhutang sewenang-wenangnya seperti sekarang, tetapi bukanlah disebabkan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tuduhan Perdana Menteri bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung.

Menurut Ketua Umum PKR itu, laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah negara.

Katanya, kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rakyat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta.

Teman nak tanya, kalau Malaysia di gerbang kemuflisan, apakah PAS dapat mengeluarkan fakta dari Unit Perancang Ekonomi mereka sendiri selain dari penulisan yang sesuai untuk orang tidak ke sekolah?

Oh. Lupa. Parti cap telur mana ada pakar ekonomi. Semua 'pakar ekonomi' nya adalah ahli politik anti-establishment yang berkepentingan dengan pelobi Zionis.

Buktikan bagaimana Malaysia mampu menuju tahun 2020 dengan cara PAS. Tetapi PAS yang jelas meletakkan Kelantan atas sedikit dari garisan kemuflisan terlebih dahulu kemudian kini memomokkan ketakutan. Padahal infrastruktur Kelantan selama inipun dibiaya oleh Pusat.

Bagaimana pula penjawat awam yang setia menjilat PAS yang mendesak kerajaan meminjam supaya bonus mereka dibayar?

Pada masa yang sama, penyokong PAS menyebut Malaysia mempunyai banyak wang. Pada masa yang sama juga mereka menyebut Malaysia banyak berhutang.

Pada masa yang sama, mereka mendesak ahli politik kerajaan mengisytihar harta. Pada masa yang sama mereka berpendapat harta mereka tidak perlu diisytiharkan.

Sekiranya Malaysia tidak mempunyai apa-apa perancangan masa depan tanpa ada apa-apa pendapatan kecuali rompakan pasir dan rumah pelacuran seperti negeri Selangor, teman yakin Malaysia di gerbang kemuflisan.

Tetapi hari ini, pak lebai toreh getah pun jual sekerap ikut harga semasa. Muflis apa kebendanya? Kalau hampir muflis, tentulah semua peladang getah dan sawit dikenakan cukai pendapatan yang tinggi kerana pendapatan mereka yang compang-camping ini menyamai pegawai kerajaan bertali leher sepanjang hari.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).