Rabu, April 13, 2011

Bukti Indonesia Tamak, 'Rampas' Perairan Malaysia

Pelik. Menghairankan. Siapakah yang 'mencuri'? Siapakah yang 'berserakah'? Terlalu biasa Malaysia dituduh berserakah dalam 'mencuri kepunyaan' Indonesia. Kononnya nelayan Malaysia mencuri ikan-ikan dalam wilayah Indonesia. Ini menjadi mainan mulut mereka di Indonesia tanpa mereka mengerti apa-apa. Mujurlah seorang ahli dari Fakulti Geodesi dan Geomatik Universiti Gajah Mada memberi penerangan yang akhirnya menampakkan siapakah yang tamak sebenarnya.

Keratan rentas Selat Melaka di perairan negeri Perak.


Mengikut penerangan I Made Andi Arsana berkaitan situasi di Selat Melaka:

1. Perbezaan tuntutan wilayah laut ini menyebabkan ada kawasan sama yang dituntut oleh kedua belah pihak. Ini disebut kawasan overlapping claim area. Perlu ditegaskan bahawa yang overlap adalah airnya saja, tidak termasuk dasar lautnya. Ianya berkaitan sumber dari laut, iaitu ikannya, bukan minyak atau gas yang terdapat dalam bumi.

2. Jika pihak Malaysia memasuki kawasan bertindih ini, Indonesia akan menganggapnya sebagai pelanggaran, begitu juga sebaliknya.

3. Meskipun belum ada kesepakatan, Indonesia dan Malaysia tetap akan menganggap kawasan bertindih itu sebagai Zon Ekonomi Eksklusif mereka. Tidak hairan jika pemimpin kedua-dua negara masing-masing menyebut 'insiden itu terjadi di ZEE negara kita'.

4. Kenyataan seperti ini penting untuk menegaskan tuntutan dan memperkuat posisi jika dilakukan perundingan kelak. Malangnya, hal ini sering membuat masyarakat awam tidak memperolehi informasi yang tepat berhubung sengketa batas maritim.

Menurut Andi, memandangkan kedua-dua negara telah dari awalnya bersetuju mematuhi UNCLOS (United Nations Convention on the Law of the Sea), maka konsep keadilan membuatkan Indonesia mengajukan bahawa Zon Ekonomi Eksklusif negaranya secara adilnya perlulah sehingga ke titik tengah Selat Melaka.

Ini bermakna, Indonesia menganggap bahawa persetujuan sempadan 1969 yang memperlihatkan perairan Malaysia di Selat Melaka yang dipersetujui mengikut alur terdalam Selat Melaka yang hampir ke Sumatera, hanya terpakai di lantai laut sahaja.

Indonesia lah yang sebenarnya dengan penuh serakah, mahu 'menakluk' perairan Selat Melaka dengan menggunakan alasan konsep adil saksama mengikut UNCLOS.

Bukan itu sahaja, Indonesia dengan rakusnya telah menerbitkan Peraturan Menteri (Permen) Kelautan dan Perikanan No 1/2009 tentang Wilayah Pengelolaan Perikanan (WPP). Permen ini memecah-mecahkan wilayah perairan Indonesia menjadi 11 WPP dengan sempadan terluar WPP mengikuti sempadan ZEE yang sudah ditetapkan dengan negara lain mahupun yang sedang dituntut oleh Indonesia.

Kawasan terjadinya insiden di Selat Melaka ini termasuk dalam WPP-571 menurut Permen Kelautan dan Perikanan No 1/2009. Kononnya, dengan adanya Permen ini jelas menguatkan posisi Indonesia, meskipun Permen ini tidak pernah disepakati dengan Malaysia.

Bayangan kerakusan mereka 'merampas perairan' atas dasar laut yang mereka akui milik kita cukup jelas membuktikan siapa yang sebenarnya bernafsu besar dalam 'menelan' wilayah orang lain.

Jika mereka mahu bercakap soal keadilan mengikut UNCLOS, seharusnya mereka mengamalkannya juga di bahagian Selat Melaka yang sempit di selatan Semenanjung di mana alur terdalam Selat Melaka hampir ke Semenanjung dan membuatkan perairan Malaysia lebih sempit dari Sumatera.

Tetapi mengapa mereka menangkap nelayan Johor yang dikatakan menangkap ikan di dalam kawasan negara mereka sedangkan mereka menyebut, mengikut UNCLOS, perkongsian perairan untuk perikanan berpandukan pada titik tengah selat?

Siapa yang bersikap lanun, maling dan penceroboh?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku keturunan bugis kat malaysia....tapi lanun malaysia ada pelajaran sikit....

IPOH MALAY berkata...

aku bugis + aceh x payah nak cerita keturunan apa pun.. jepun datang dari tanah besar china pun x payah ngaku dari china pun..