Teman mengalu-alukan AC Mizal ke dalam UMNO Ipoh Barat. Langkah menjadikan Ipoh medan politik anak seni bukanlah sesuatu yang diperlukan tetapi negara didapati perlu ada seniman politikus. Pastilah ia sepatutnya di Kuala Lumpur.
Tetapi perjuangan setiap manusia banyak di gerakkan oleh dirinya sendiri yang hanya dirinya yang tahu. Justeru, tidak punya hak bagi sesiapapun untuk menilai dari apa terlihat.
Mungkin ada sebab jika dilihat dari rumah mertua AC Mizal yang terletak di Batu 8, dalam UMNO Tambun dan keberadaan AC Mizal dalam UMNO Ipoh Barat yang parlimen tersebut disandang M Kulasegaran dari DAP.
Tetapi, walau apapun, kita harus mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menelungkup dakyah pepecahan yang di bawa oleh pembangkang.
Kita juga wajar mengalu-alukan Mamat Khalid yang mahu menyertai UMNO Gopeng dan bersesuaian dengan tempat mestautinnya.
Niat pencipta Kg Pisang di layar perak ini dilihat dapat membawa kepada usaha menerbitkan filem-filem mendidik dan menyindir masyarakat dengan konsep pukul anak sindir menantu.
Apapun, selamat berjuang kepada AC Mizal dan Mamat Khalid di bidang seni politik.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).