Wednesday, May 25, 2011

DAP Bakal Gunakan Calon Melayu? Silakan!

Kita patut sokong habis-habisan rancangan DAP menampilkan calon Melayu barua DAP untuk menjadi calon bertanding untuk kerusi ADUN negeri Perak. Ini kerana, cadangan ini hampir pasti akan memecahkan Pakatan Rakyat itu sehingga bersepai menjadi detik hitam dalam lipatan sejarah.

PAS akan pasti melompat kepanasan dibakar neraka dunia ciptaan mereka dan ideologi sosialis yang dianuti PAS akan pasti dicabut dek kesentapan mereka atas rancangan DAP ini.

Ia merupakan sebuah kemajuan yang tiada tandingan kerana umum mengetahui calon DAP dari kalangan bangsa Melayu seperti Ahmad Ton tidak pernah diterima oleh orang Melayu.

Di samping menggalakkan pepecahan Pakatan Rakyat, ini juga akan membuatkan DAP akan menghadapi kekalahan di beberapa kerusi yang ditandinginya, bukanlah akan menang di setiap kerusi yang ditandinginya.

Tindakan DAP meletakkan calon Melayu bakal mengundang pepecahan Pakatan Rakyat yang amat ditunggu-tunggu oleh muslimin dan muslimat yang berpegang kepada perpaduan dan persaudaraan Muslim, sebuah kekuatan yang dibenci oleh PAS, dan badut-badutnya.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).