Pengenalan matapelajaran Sejarah ke atas murid sekolah rendah, jika masih menumpukan kepada sukatan pelajaran sedia ada, tidak membawa sebarang erti seandainya ruang lingkup sejarah itu masih menumpu kepada sejarah negara ini mengikut kontek Malaysia hari ini semata-mata.
Ini kerana, sebelum merdeka, sejarah negara banyak berkait dengan negara-negara tetangga yang tidak dirumuskan sebagai sebahagian pelajaran Sejarah dalam sukatan pendidikan negara ini.
Akibatnya, pejuang kemerdekaan berhaluan kiri di negara ini, yang tidak diceritakan hal sebenar mereka, (perjuangan pro-Indonesia) telah menjadi alat manipulasi pembangkang hari ini.
Sikap menghormati tetangga yang diamalkan oleh negara kita memanglah harus dipuji namun jika kita mengabaikan fakta sebenarnya atas dasar menghormati tetangga, kita tidak akan mengenali sejarah negara ini dengan sewajarnya.
Jika kita mengetahui betapa sukarnya membina negara ini dengan gangguan Indonesia, Thailand dan Filipina yang memberi pengaruh kepada pembentukan negara kita yang berusaha dengan survivalnya sendiri, manakah datangnya rasa cinta kepada negara ini?
Kita tidak kenal siapa yang mengepalai Force 136 yang merupakan seorang Melayu Patani, kerana selepas British menduduki semula negara ini, beliau dibunuh oleh kerajaan Thai.
Kita tidak mengetahui bahawa Melayu-Melayu pejuang kemerdekaan berhaluan kiri di negara ini sebenarnya mahukan Malaya menyertai Indonesia dan mereka bertindak sebagai antek-antek kerajaan sekular Indonesia pimpinan Sukarno yang mahu mengenalkan pancasilanya ke atas Tanah Melayu ini.
Semuanya kerana sukatan pelajaran Sejarah negara ini yang terlalu menghormati jiran tetangga.
Jika kita mengenalkan sejarah yang sebenar, sesuatu yang telah berlaku sekian lama dahulu, tidak ada jiran yang mampu menghalangnya kerana sejarah tetaplah sejarah.
Namun, hasilnya, kita akan mendapat generasi depan yang lebih menyayangi negara ini.
Hamba pun sempat faham masa belajar sejarah kesusasteraan Melayu. Kebanyakan geng tu terlibat dengan penulisan dan kewartawanan. Tambah lagi hamba pun suka baca lebih lebih kalau mengenai sejarah bangsa. Lagi pula zaman hamba tu kita masih belajar mengenai tajuk Nasionalisma dan menentang penjajah. Yang suka membaca lebih lebih memang boleh faham. Sekarang anak anak belajar bab bab apa je ???
ReplyDeletetu la.. bukan semua orang rajin buat homework mcm kita... so, kita kena ubah skit sejarah kita supaya sentuh sama negara2 yang pernah terbabit dalam sejarah negara kita
ReplyDelete