Saturday, December 31, 2011

Kepahitan Zaman Pemerintahan DAP di Perak VI

KHAMIS, NOVEMBER 20, 2008

Jalan P. Patto? Siapa Patuk?

Siapa P. Patto? Rasanya penulis pernah terpandang poster mukanya zaman PRU tahun 1990 dulu. Masa penulis bersekolah di Ipoh. Sebab namanya pelik lah. Tapi dia sekadar calon yang tak menang. Kemenangan dia beberapa tahun sebelum tu telah dirampas MCA bagi Parlimen Ipoh Barat. Cuma pada tahun 2004, selepas Tun M undur diri, Ipoh Barat kembali ke tangan DAP. M Kula dan Kit Siang bersultan di hati di bandaraya ini seperti Siam melanggar Kedah.

Pada tahun 2001, Lim Kit Siang yang belum pun menjadi Ahli Parlimen Ipoh Timur selepas tebuang dek kekalahan di Pulau Pinang pada tahun 1999 mengamuk apabila Jalan Khoo Chong Kong ditukar kepada Jalan Tabung Haji. MBI dengan segera menukar kembali Jalan Tabung Haji menjadi Jalan Khoo Choong Kong. Jika penulis telah seusia ini pada tahun 1985, nescaya, penulis akan mempertahankan nama Jalan Hill daripada ditukar kepada Jalan Khoo Chong Kong.

Itu jalan yang sekadar celah-celahan dan sepanjang hanya 500m. M. Kula, dengan agenda peribadi, mahukan Jalan Silibin, sebatang jalan menghala ke Jelapang sepanjang 4 km ditukar nama kepada Jalan P. Patto. P. Patto merupakan mentornya yang entah apa jasa dan bakti ke atas penduduk Silibin.

Justifikasi atas tuntutan ini adalah kononnya 70% penduduk dan peniaga di Jalan Silibin bersetuju dengan cadangannya. Malangnya banyak bantahan kelihatan di akhbar terutamanya NST dan The Star. Itu kata dia. Badan bebas tidak pun dilantik untuk membuat bancian tersebut.

MB Nizar telahpun menawarkan sebatang lorong di Little India di kawasan pekan lama iaitu Lahat Lane, untuk dinamakan Jalan P. Patto. Tetapi M. Kula tidak mahu. Better than nothing la tambi!

M. Kula sesuka hati menganggap bahawa dia disokong 100% oleh penduduk Ipoh Barat sehingga merasakan dia adalah 'raja' di parlimen tersebut. Buruk lakunya sangat jelas. Malangnya, kuasa memilih di parlimen itu 90% milik bukan Melayu. Apa yang perlu dibuat ialah dengan mendedahkan buruk laku makhluk Tuhan yang sorang ni.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).