Saturday, December 31, 2011

Kepahitan Zaman Pemerintahan DAP di Perak X

ISNIN, JANUARI 05, 2009

MB Perak Sebenar Buat Penafian

Ngeh Koo Ham menafikan bahawa kerajaan negeri ada mengarahkan agar Tabika Kemas ditutup. Mengapa Ngeh yang menjadi jurucakap kerajaan negeri? Mana Nizar? Oh, Nizar cuma boneka. Sudah banyak tindakan baling batu sembunyi tangan yang dibuat oleh Kerajaan Perak bagi memperbodoh-bodohkan orang Melayu berkat restu jeneral-jeneral berkopiah yang memenangi 6 dari 59 kerusi DUN.

Jika penutupan Tabika Kemas di Ampang, Ipoh pagi tadi adalah bukan dari arahan kerajaan negeri, ia dibuat oleh siapa? Samseng-samseng PAS? Atau konco-konco ketua kampung PAS yang baru dilantik? Atau tangan para konspirasi yang mahu Mat Taib datang menjenguk ke situ?

Harus diingat bahawa konsistensi DAP-PKR-PAS di Perak sangat-sangat diragui terutama berhubung soal orang Melayu. Memang Tabika Kemas memiliki murid dari pelbagai kaum tetapi 90% dari mereka adalah anak-anak Melayu.

Kelak, dengan alasan ianya beroperasi di premis awam milik kerajaan, mereka akan tetap memastikan Tabika Kemas yang dianggap ejen kerajaan pusat, ditutup. Adakah harta awam itu milik DAP-PKR-PAS? Mengapakah kanak-kanak menjadi mangsa? Adakah ini taktik ala Israel yang mensasarkan kanak-kanak kerana kanak-kanak itu dibimbangi akan membesar dan menentang mereka?

Memang Ngeh boleh menafikan tetapi apa yang ada di dalam master plan di pejabatnya tiada siapa yang tahu hatta Nizar sendiri. Kejatuhan Islam di dalam mana-mana peradaban dunia sekalipun, bermula dengan situasi sebegini.


Sumpahan kanak-kanak inilah yang membuatkan runtuhnya PR di Perak sebulan kemudian? Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).