Thursday, January 06, 2011

The Star Kuasai Berita Internet Di Malaysia

The Star Online mendahului senarai pengendali berita internet paling tinggi trafik mengatasi Malaysiakini dan Utusan Online menurut analisis terbaru dari Top Ranking Online hari Rabu, 5/1/2011 :




Media Online Paling Berpengaruh Di Malaysia Mengikut Top Ranking Online.

SENARAI DALAM TOP RANKING
4 JANUAR1 2011

MEDIA INTERNET - RANKING ALEXA MALAYSIA - RANKING ALEXA DUNIA

1. THE STAR ONLINE - 16 - 2,805
2. MALAYSIAKINI - 22 - 3,677
3. UTUSAN ONLINE - 22 - 5,641
4. METRO - 27 - 6,531
5. BERITA HARIAN ONLINE - 30 - 6,856
6. KOSMO ONLINE - 46 - 8,192
7. MALAYSIA INSIDER - 56 - 11,448
8. HARAKAH DAILY - 73 - 14,961
9. MALAYSIA TODAY - 91 - 14,918
10.CHINA PRESS - 112 - 18,625

The Star mengungguli carta pencari berita tanahair dan kerana mungkin laporannya yang dilihat neutral. Tetapi The Star pernah bersikap memprovokasi dalam isu keluarga India di PPR DBKL beberapa ketika lalu. The Star menguasai minda pencari maklumat berita di Malaysia. The Star milik MCA. Adakah ini membantu? The Star menggamit ramai profesional Melayu untuk membacanya kerana bahasanya mudah sejak sebelum sebelum PRU12. Pada PRU tersebut MCA kalah teruk. Apa sebenarnya terjadi? Adakah pembaca The Star ramai orang Melayu? Segalanya terjawab dalam PRU13.

Semakin Ramai Memeluk Islam di Britain

Hana Tajima, 23, fashion designer: "I became friends with a few Muslims in college, and was slightly affronted and curious at their lack of wanting to go out to clubs or socialise." Hana Tajima, seorang pereka fesyen " "saya berkawan dengan kawan-kawan Muslim di kolej dan saya hairan mengapa mereka tidak berminat untuk berpeleseran di kelab malam dan bersosial.

The Islamification of Britain: record numbers embrace Muslim faith
Semakin ramai memeluk Islam di Britain
Tuesday, 4 January 2011


The number of Britons choosing to become Muslims has nearly doubled in the past decade, according to one of the most comprehensive attempts to estimate how many people have embraced Islam. Jumlah orang Britain yang memilih Islam telah selipat kali ganda dekad yang lalu menurut sebuah kajian serius ke atas berapa ramai orang yang telah peluk islam.

Following the global spread of violent Islamism, British Muslims have faced more scrutiny, criticism and analysis than any other religious community. Yet, despite the often negative portrayal of Islam, thousands of Britons are adopting the religion every year. Walaupun berlaku gambaran keganasan Islam dan penduduk Islam Britain menjadi mangsa kritik, remeh dan tumpuan kajian melampau berbanding agama lain, beribu-ribu orang Britain memilih agama itu setiap tahun.

Estimating the number of converts living in Britain has always been difficult because census data does not differentiate between whether a religious person has adopted a new faith or was born into it. Previous estimates have placed the number of Muslim converts in the UK at between 14,000 and 25,000. Menganggar mualaf yang tinggal di Britain selalunya agak sukar berikutan data banci tidak membezakan sama ada seorang yang alim itu memang dilahirkan dalam agama tersebut atau baru memeluk agama itu. Anggaran terdahulu menunjukkan pemeluk Islam di UK adalah antara 14,000 hingga 25,000.

Dipetik dari independent.co.uk

How to Convert to Islam
How to convert and become a Muslimwith Live Help by chat
www.IslamReligion.com
Convert to Islam now
We will help youLive chat to all your needs
www.islamhouse.com

RON97 Boleh Naik Bila-Bila Masa Ikut Pasaran Dunia

Maka banyak la mulut di opis ni yang mengutuk kerajaan kerana kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 10 sen semalam. Kerajaan tak mendahulu rakyat lah, kerajaan itu la, ini la. Padahal demer isi minyak kereta dengan minyak subsidi RON95.

Demer tak lebih dari menunjukkan kebebalan demer dalam memahami kes semasa. Demer cuma tahu membangkang je. Ibarat kalau kena panah petir, dorang salahkan kerajaan sebab tak sediakan konduktor kilat atas kepala demer.

Maka sebab itulah harga RON97 naik tiba-tiba dan pengumuman dibuat oleh Persatuan Penjual Petrol Malaysia. Bukannya kerajaan. RON97 telah diapungkan mengikut pasaran semasa sejak tahun lepas!

Untuk fakta, pada hari Selasa, RON97 di Indonesia telah dinaikkan 14 sen berbanding 10 sen di Malaysia.

RON97 ikut pasaran dunia

PUTRAJAYA 5 Jan. – Kerajaan tidak mempunyai kuasa mengawal harga minyak petrol RON97 memandangkan kenaikan dan penurunan harga bahan api tersebut mengikut pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan hanya mengawal harga petrol RON95 yang dikekalkan setakat ini RM1.90 seliter.

Justeru, beliau meminta orang ramai tidak boleh menyalahkan kerajaan jika kenaikan harga petrol tidak diumumkan terlebih dahulu kerana harga pasaran dunia tidak menentu dan sentiasa berubah setiap masa.

“Memang sekarang harga pasaran dunia naik buat masa ini dan kementerian tidak dapat memberi jaminan bila ia akan mengalami penurunan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai harga petrol RON97 yang diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON95 kekal RM1.90 seliter.

Dalam pada itu, beliau berharap pengguna tidak cepat melatah dan menerima kanaikan tersebut dengan hati terbuka.

“Harga petrol RON97 sejak tahun lalu tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran semasa.

“Ketika ini kerajaan tidak lagi menanggung subsidi untuk petrol RON 97 dan kenaikan ini memang tidak dapat dielakkan,” katanya.