Monday, January 09, 2012

Apa Mustahilnya Jika Anwar Sogok Hakim?

Mengapakah Anwar tiba-tiba memuji sistem kehakiman di Malaysia usai pembebasannya pagi tadi? Padahal ketika ceramah di Kg. Pandan pada malam tadi, dia menghentam teruk sistem kehakiman?

Apakah kerana apabila dia dilepaskan dari pertuduhan, maka sistem kehakiman adalah baik? Jika dia terpenjara, maka sistem kehakiman dan perundangan Malaysia terbusuk?

Jika Anwar seorang yang luhur dalam perjuangan, konsisten dalam kata-kata dan menjadi contoh pemimpin yang layak dipuji puja, dia seharusnya membidas keputusan hakim yang terlalu bersegera dengan membuat keputusan tidak sampai 3 minit.

Dia perlu konsisten menuduh sistem kehakiman negara ini ibarat sarkas. Dia perlu terus menerus menyatakan mahkamah adalah gelanggang permainan UMNO. Walaupun dia dibebaskan.

Tidak sampai 24 jam, malah tweet-tweetnya nya malam tadi yakin sekali olehnya bahawa dia akan ke dalam, Anwar sepantas kilat berubah tanggap terhadap sistem kehakiman.

Apakah tidak boleh bagi pihak-pihak yang membenci sifat Caligula yang ada padanya itu, menuduh pula hakim bertindak dengan cara tidak masuk akal? Apa pula kata mereka?

Gobalakrishnan yang pernah bergulingan mempertahankan PKR, setelah berlepas diri dari bersubahat dengan Anwar dan rakan-rakan, pernah mendedahkan Anwar adalah RAJA MONEY LAUNDERING di negara ini dengan nilai berbillion dollar wang haram.

Malangnya, akaun bank pesisirnya mungkin tidak dapat diterobosi maka dia masih terlepas dari pertuduhan itu dan Gobalakrishnan tidak disaman mahupun disiasat kerana pertuduhan yang dilemparkan dibuat dalam Dewan Rakyat.

Bagaimana jika dikatakan bahawa sebaik sahaja bank di Australia atau New Zealand mula beroperasi jam 6 pagi waktu Malaysia, sejumlah pergerakan transaksi wang telah berlaku bagi mempengaruhi keputusan hakim?

Jika Anwar boleh menuduh sistem kehakiman negara ini tempang, dia pastinya tahu di mana ketempangan tersebut, dan memanfaatkannya. Setelah memanfaatkannya, dia perlu meminta maaf dengan cara memuji sistem kehakiman negara ini usai dibebaskan.

Kita tidak wajar memakai cara jijik Pakatan Rakyat Idiots yang boleh berubah hati dalam tempoh 3 minit. Kita tidak boleh menuduh institusi kehakiman negara ini adalah tempang dan korup dengan pembebasan Anwar Ibrahim.

Tetapi jika kita cuba memakai suara mereka seminit, dengan menuduh Anwar bebas kerana RAJA MONEY LAUNDERING ini menyogok hakim, apa kata mereka? Adakah itu mustahil?

3 comments:

  1. Kalau ada video ceramah yang mengentam hakim dan institusi kehakiman negara sila siarkan supaya rakyat dapat menonton dan menilai segala perkara yang diperkatakan. Harap mana-mana blog yang ada video itu sila siarkan.

    Warga Sebelum Merdeka

    ReplyDelete
  2. Tulisan anda hanya layak dibakul sampahkan. Apakah setakat itu yang mampu anda hidangkan untuk tatapan dan renungan. Apakah kerana idea yang berkarat, bloggers pro umno seperti anda hanya mampu memaki hamun dan mengutuk orang lain tanpa menggunakan akal waras anugerah Allah.

    ReplyDelete
  3. saya meletak cermin selebar tembok besar cina di hadapan pakcik.. renungi diri pakcik dan para kompatriot pakcik.. kalau pakcik tak mampu.. elok hempok je cermin tu ke kepala pakcik..

    saya dengan jelas menulis dengan nada menyindir. kalau pakcik masih berfahaman sebelum merdeka, seperti pakcik selalu diperhambakan, pergilah sekolah untuk warga pasca merdeka.. nescaya mudah untuk pakcik menilai..

    kalau bukan di perkampungan indon ic merah pandan dalam, pasti di mana-mana pernah terlaung 'sistem kehakiman malaysia tempang' dari mulut nabi pakcik yang corang ini.

    dengarlah pakcik yang diperhambakan dan belum merdeka, sesungguhnya apabila terjadi sesuatu kes dan siasatan mahu dilakukan, bakul sampah juga y6ang digeledah.

    seperti tulisan bakul sampah ini, orang yang mahu berfikir akan kutip semula, baca dan fahamkan sekali lagi..

    semoga pakcik lekas merdeka..

    salam pencerahan

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).