Friday, January 13, 2012

DAP Kata Allah Siapa Punya?


DAP mengeluarkan kenyataan tersebut dalam web The Rocket lidah rasminya, yang dikatakan antara penentangan kerajaan BN dengan rakyat.

Whose Allah is it?

A thorny issue in multi-religious Malaysia, religious rows have oft evoked the most emotional response from citizens of various backgrounds. In 2007 The Herald, a Catholic newspaper, filed a suit against the government seeking to use the word Allah, arguing that the word should not exclusive to Islam.

After intense public scrutiny and tense debate in the media, the court ruled in favor of The Herald. The ruling emphasized that use of the “Allah” by Christians is protected by the constitution as long as it is not used to proselytize Muslims.


DAP mengeluarkan kenyataan tersebut dalam web The Rocket lidah rasminya, yang dikatakan antara penentangan kerajaan BN dengan rakyat. Siapa rakyat? Yang tidak menyokong Allah digunakan oleh Kristian bukan rakyat Malaysia kah?

Begitu mudah DAP mengklasifikasi siapa rakyat dan siapa bukan rakyat. Inilah dia parti yang bakal memimpin Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU 13.

Mereka menggambarkan usaha menyelamatkan kalimah Allah dari digunakan oleh penganut Kristian (semenanjung) dilakukan oleh kerajaan BN dan pembaca The Rocket semestinya bukan kalangan penyokong PAS di ceruk kampung sana.

Ini juga gambaran bahawa mereka memomokkan kepada pengundi Kristian di belakang mereka supaya menentang Barisan Nasional dan hasil imbuhan politik ini jugalah PAS dikaburi dari melihat niat hati mereka.

3 comments:

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).