Thursday, January 05, 2012

Kepahitan Zaman Pemerintahan DAP di Perak XI

Hari ini, 5 Januari 2012, genap 3 tahun selepas posting di bawah tersiar di blog ini. Ia masih menjadi iktibar besar buat kita dan seluruh anak bangsa bagaimana keadaannya apabila DAP memerintah Perak.

Ironis sekali tarikh ini adalah genap 1 bulan sebelum runtuhnya Kerajaan DAP di Perak. Sebab itulah anda dapat mengagak mengapa orang Melayu di Perak tidak menentang besar-besaran perubahan pemerintah di Perak pada ketika itu yang kononnya 'coup-de-etat' menurut Nizar Jamaluddin.


ISNIN, JANUARI 05, 2009

Kerajaan Perak Semakin Zalim

Pemerintah yang zalim nescaya akan diberi penghinaan di dunia apatah lagi di akhirat. Bahkan, yang menyokong mereka juga tidak mungkin akan terkecuali.

Kerajaan DAP di Perak melalui kesepakatannya dengan PAS kali ini bertindak di luar batas manusiawi dengan mengarahkan penutupan Tabika Kemas yang membabitkan 700 buah premis, kira-kira 13000 murid dan beratus-ratus guru KEMAS yang mungkin kehilangan perkerjaan.

Ya, kini sekolah-sekolah rendah telah menawarkan pendidikan pra-sekolah. Tetapi wajarkah anak bangsa yang tinggal di pendalaman yang mana selama ini memiliki Tabika Kemas, terpaksa keluar jauh untuk mencari sekolah rendah? Kerajaan Perak adalah kerajaan negeri paling kejam di negara ini!

Apakah murid-murid tabika ini diajar siapa UMNO siapa PAS siapa DAP? Apa nasib beratus-ratus pendidik anak bangsa yang tidak lagi dapat mencurahkan bakti?

Apakah kerajaan BN pernah mengarahkan PASTI yang terang-terang tegak atas nama PAS supaya ditutup?

Mengapakah anak Melayu yang 90% mengikuti pra-sekolah di Tabika Kemas dinafikan hak mereka?

Ini merupakan diskriminasi besar apabila kindergarten-kindergarten persendirian yang diragui corak pembelajaran dan halal haram makanannya seperti tajaan syarikat besar contohnya di Tiger Lane, Ipoh, mula tumbuh bersepah-sepah.

Begitu juga Tadika-tadika Methodist yang menyebarkan agama Kristian secara halus.

Jika tadika-tadika yang dikatakan berlatarbelakangkan parti politik perlu ditutup, tadika-tadika kendalian PAS juga perlu ditutup kerana pernah satu masa dahulu tersiar bahawa kanak-kanak tadika PAS di ajar supaya membenci sesetengah pemimpin Islam.

Kerajaan Perak mula mengambil pendekatan totalitarian, kuku besi dan menindas kurang setahun mereka merampas, merogol dan meliwat tampuk pemerintahan negeri. Rakyat Perak akan bangkit sedikit masa lagi.

2 comments:

  1. Sejarah kepahitan pemerintahan regim Dictator Authotarian Pandit @ Dajjal Alliance Proxy @ Donkey Adultery Party (DAPig) di Perak memang Teman dan rakan seperjuangan tak akan lupa.

    Penutupan Tadika Kemas dulu merupakan dasar sistematik untuk meminggirkan hak pendidikan anak-anak Melayu dan mengurangkan kakitangan awam Melayu.

    Terima kasih rakan dan sahabat Teman kerana berjaya mengulingkan Nizar boneka DAP!

    ReplyDelete
  2. yer! dan kita ada kerja berat untuk menahan DAP dari memerintah Perak dengan wakil rakyat Melayu mereka pada GE13 ini... dihabarkan, tiada Cina mahu mengundi BN kali ini di Perak..propaganda pembangkang yang perlu diperhalusi.. perbanyakkan calon bebas pro BN yang bekerja bermula sekarang adalah cara terbaik menawan kawasan majoriti cINA

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).