Raja Petra kini seperti kacang hantu Pakatan Rakyat. mengeji PKR pada masa yang sama memeluk PAS dan DAP dengan erat. Seolah-olah balak-balak bertumbangan di Kelantan dan campurtangan DAP dalam banyak urusan di Perak satu ketika dahulu sebagai sesuatu yang halal.
Raja Petra tidak boleh menganggap bahawa sanggahan peribadinya adalah benar belaka seandainya hanya PKR yang mahu dikorek kudisnya hingga melompat-lompat pemimpin PKR.
Pokok pangkalnya, jika BN berkudis dalam tempoh 56 tahun, Pakatan Rakyat berkudis buta hanya dalam tempoh 4 tahun. Bayangkan Pakatan Rakyat memerintah 4 tahun lagi? Bayangkan pula jika Pakatan Rakyat memerintah 56 tahun pula? Mungkin jika tidak setaraf Zimbabwe hari ini, Malaysia maju sedikit dari Botswana pada ketika itu.
Pakatan Rakyat boleh diibaratkan seperti pesakit HIV yang telah diterpa penyakit AIDS. Sepantas kilat membusuk tanpa hala tuju sewajarnya.
Selama empat tahun mereka sia-siakan dengan graf polemik yang meningkat. Ini yang Raja Petra masih sokong. Sebab apa? Untuk melaksanakan agenda kafirin di negara ini, jumlah orang Islam yang berjaya ditakluk perlulah ramai.
Maka Raja Petra bukanlah bersifat bebas jika masih lagi bersama Pakatan Rakyat. Dia ingin mengatakan bahawa dialah pengganti Anwar Ibrahim selayaknya.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).