Thursday, January 12, 2012

Saiful Bukhari Akan Gagal Di Mahkamah Rayuan

Dapat dilihat bahawa Anwar tetap akan bebas walau Saiful ke Mahkamah Persekutuan sekalipun. Ini kerana menurut para pengamal undang-undang di negara ini, hanya seks luar tabii tanpa kerelaan yang membolehkan si pelaku yang merakusi mangsanya, disabitkan dengan hukuman.

Jika disebut hanya testimoni dari Saiful tidak mendukung untuk Anwar dihukum, cukup di situ sahaja kita dapat lihat bahawa udang-undang sivil negara ini hakikatnya melindung pasangan lelaki sejenis.

Ini kerana, walau selonggok air mani Anwar ditemui dalam dubur Saiful sekalipun, tidak ada bukti bahawa Anwar melakukan liwat ke atas Saiful secara paksa atau tanpa rela, yang membolehkan Anwar disabitkan dengan kesalahan mencabul atau merogol.

Mengikut sejarah hukuman penjara akibat kes liwat di negara ini, kesemuanya disebabkan oleh tindakan liwat tanpa kerelaan, atau perbuatan liwat para pedofil yang mengumpan mangsanya dengan niat menjerat dan memuaskan nafsu dirinya sendiri.

Walaupun benar Saiful diliwat tanpa kerelaannya, tiada bukti yang mengatakan Anwar melakukannya tanpa kerelaan memandangkan perlakuan liwat antara lelaki dewasa dan lelaki bawah umur ditakrifkan sebagai pencabulan atas dasar perlakuan seks luar tabii ke atas seseorang yang dilindungi oleh Akta Kanak-Kanak.

Untuk mereka yang tidak dilindungi Akta Kanak-Kanak, tiada satupun kes liwat yang disabitkan dengan hukuman.

Contoh klasik ialah kes yang melibatkan laporan pembantu M. Daud Kilau yang mendakwa dirinya diliwat oleh penyanyi tersebut. M. Daud Kilau didapati tidak bersalah.

Tiada siapa yang tidak diliwat, akan tampil untuk mengaku dirinya diliwat, jika dia mengetahui takrifan undang-undang negara ini kerana selagi tiada kesan kecederaan fizikal di tubuh selain di dubur, perbuatan liwat antara dua lelaki akan diklasifikasikan sebagai suka sama suka.

Maka, tiada gunalah Saiful memanjangkan ke Mahkamah Rayuan hatta Mahkamah Persekutuan sekali pun.

Janganlah kita mengatakan bahawa Allah telah memakbulkan solat hajat bagi pembebasan Anwar sedangkan Yang Maha Esa pasti murka apabila pembebasan orang yang bersalah mengikut takrifan undang-undang sivil ini, dikatakan sebagai restu kuasaNya seolah-olah si pelaku adalah dipihak yang benar.

Seolah-olah Allah merestui undang-undang yang melindungi pelaku liwat suka sama suka.

3 comments:

  1. Liwat tetap liwat.

    Maka peliwat ini tetap akan kita angkat jadi Perdana Menteri Malaysia.

    Tok Guru dah kata ok. Kira ok lah. Majlis Syura PAS kata ok, ok lah.

    Dia akan pimpin umat Islam negara ini OK lah.

    ReplyDelete
  2. Semua nya lembik. Strategi konon. Alang-alang nak lingkup, biar lingkup habis.
    Penentangan dari puak-puak melayu bukan nya menentang UMNO tetapi sebab dengki mereka dan jaki nya mereka kepada DSNajib dan DSRosmah. Maklumlah orang melayu memang jenis emotional, jiwang-jiwang dan senang dipengaruhi melalui pujian.

    ReplyDelete
  3. apa nak buat khalifah khalifah di zaman empayar islam pun ramai pondan di istananya....
    pemimpin itulah adatnya.

    ReplyDelete

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).