Thursday, March 22, 2012

Indonesia Tarik Balik Syarat Satu Amah, Satu Tugas

KUALA LUMPUR – Semua amah dari Indonesia yang bakal dihantar bekerja di negara ini tidak lagi terikat dengan tuntutan hanya melakukan satu tugas khusus dalam empat bidang iaitu mengemas rumah, memasak, mengasuh bayi dan menjaga orang tua seperti yang dituntut oleh republik tersebut sebelum ini.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S. Subramaniam dengan menyatakan, kerajaan Indonesia telah membatalkan tuntutan syarat pembantu rumah dari negara itu hanya melakukan satu tugas khusus serta tuntutan upah tambahan jika bekerja pada hari cuti mingguan.

“Pembantu rumah Indonesia akan menjalankan tugas seperti biasa seperti mengurus rumah, memasak, mengasuh bayi atau menjaga orang tua dan bukan terikat dengan satu tugas khusus seperti yang diusulkan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia sebelum ini.

“Mengenai gaji pula, memorandum persefahaman (MoU) yang dipersetujui antara kedua-dua negara berhubung pengambilan amah dari Indonesia pada Mei 2011 tidak menetapkan gaji minimum sebaliknya terpulang kepada budi bicara majikan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurut Subramaniam, penarikan balik tuntutan bahawa amah dari Indonesia tidak lagi terikat hanya pada satu tugas itu diberitahu oleh rakan sejawatnya dari Indonesia iaitu Dr. Reyna Usman melalui telefon kelmarin yang menyatakan tuntutan itu sebenarnya dibuat oleh kementerian lain.

Ulasan

Terima kasih atas keprihatinan pihak di Indonesia berhubung bantahan rakyat Malaysia mengenai syarat satu amah satu tugas khusus. Namun itu tidak menjadi sebab untuk blog ini terus menyeru agar penggunaan pembantu rumah Indonesia dihentikan oleh majikan-majikan di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).