Teman pernah terbaca Protokol Zionis yang mahu pegangan agama manusia dilonggarkan supaya boleh dicabut dengan memperkenalkan teori-teori matematik, formula-formula dan kajian kebudayaan dan sastera melalui alunan muzik dan bait-bait kata yang akhirnya melalaikan seseorang itu dari menggarap pemikirannya ke arah daya fikir dalam mengetahui lebih banyak lagi ilmu yang dianjurkan Allah.
Begitu juga dengan seorang profesor yang membuat komentar membidas Hasan Ali baru-baru ini.
PROF DR MOHAMAD TAJUDDIN MOHAMAD RASDI ialah ahli akademik veteran yang mengajar Senibina di UTM. Katanya :
'With respect to the third point, I hold to the personal view that all religious faiths are brethrens or siblings, Islam being the youngest in the family. Christianity and Judaism, I view as older brothers with Hinduism being the eldest to my knowledge. The reformative ideas of Buddhism stems from Hinduism and can be considered part of the same family of religions. I can’t understand why Muslims hate to be viewed in this manner. My article on Malay-Muslims and the Perfect Religion Syndrome explains much of this view.'
Malang sungguh kita mempunyai ahli akademik yang menolak al-Quran bulat bulat seperti profesor sengal ini.
Ayatnya itu membawa maksud : Pada pendapat saya, semua agama adalah adik-beradik di mana Islam adalah yang paling muda manakala Kristian dan Yahudi adalah yang lebih tua manakala Hindu adalah yang paling tua. Buddha yang merupakan ciri reformasi Hindu bolehlah dikatakan datang dari kelompok yang sama. Saya tidak faham mengapa orang Islam sangat tidak suka melihat dari sudut ini. Artikel saya bertajuk "Muslim Melayu dan Sindrom Agama Paling Sempurna" menjelaskan ini secara lebih terperinci.
Teman heran bila ahli akademik bidang senibina tergila-gila mahu menunjukkan kekeliruannya ke atas agamanya sendiri (semoga beliau masih beragama Islam).
وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".
(Al-Baqarah : 132)
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".
(Al-Baqarah : 132)
Walaupun kitab Hindu kuno kononnya telah wujud beribu-rubu tahun dahulu, ajaran nabi Ibrahim yang Islam, rukuk dan sujud hanya dipulihara semula oleh Islam bawaan Nabi Muhammad setelah kewujudan 'agama Yahudi' (yang hakikatnya bukanlah sebuah agama melainkan sebuah keturunan dari anak nabi Yaakub) dan 'agama Kristian' (yang juga bukanlah sebuah agama kerana Isa a.s. adalah nabi kepada umat Yahudi yang dikurniakan kitab) telah memesongkan ajaran nabi Ibrahim.
Menurut kajian yang dibuat berdasarkan bukti, Nabi Ibrahim hidup kira-kira 4500 tahun lalu dan semua agama atas muka bumi ini yang masih wujud hari ini ialah agama-agama yang wujud selepas zaman nabi Ibrahim.
قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ إِلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ
Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".
(Al Baqarah : 136)
(Al Baqarah : 136)
Teman secara peribadinya, walaupun sekolah tak setinggi mana, dengan ini menasihati seorang profesor ini, supaya berhentilah berkata-kata soal agama kerana bukan semua bidang miker tahu. Adakalanya kepandaian miker yang sampai bergelar profesor itu tak memberi apa-apa manfaat pun sekiranya kebodohan miker juga yang miker ingin pertontonkan.
... walau pun bukan semua, ramai lagi yang terperangkap dalam 'title proffesor-ship' seperti ini dan melalut di luar bidang kepakaran mereka, ini terjadi kerana mereka menyalah gunakan penghormatan yang di beri oleh masyarakat kepada mereka... bagi yang jujur, biasanya mereka akan maklumkan kepada 'audience' skop kepakaran mereka... dan tidak melalut untuk perkara-perkara yang di luar bidang kepakaran mereka, alhamdulillah... sekarang masyarakat sudah mula faham...
ReplyDeletebenar sudara ben 58... masalahnya profesor ini rajin menulis dalam akhbar The Star dengan ulasan-ulasan yang diberikan cukup sinis dalam menempelak ciri-ciri Melayu dan Islam..
ReplyDeleteAqal kalau tak dibimbing dgn betul, blh salah arah. Tapi bukan smua ahli akademik mcm ni. Ramai juga ahli akademik yg usaha berdakwah dgn baik (bersyukur dan memanfaatkan ilmu yg Allah bg utk jalan yg benar).
ReplyDeleteSbnrnya nilai pegangan Islam dlm masyarakat Melayu dah makin lemah. Bg yang ingat/sedar, awasilah iman kita. (tp jgn tau fokus salah orang aje.) Sama2lah muhasabah diri kita.