Thursday, March 15, 2012

Sungai Choh Bakal Mengancam Penduduk Pinggir Sungai Pinji

Banjir di Ipoh bukan sekadar di Manjoi yang diakibatkan Sungai Pari. Ia juga melibatkan hilir Bercham, pekan Tambun, Batu 5 Tambun, Ampang Baru, Pekan Razaki, Pasir Pinji dan Pengkalan Pegoh diakibatkan oleh Sungai Pinji yang sebenarnya bukanlah dibentuk oleh alam semulajadi untuk membawa aliran sebanyak itu.

Pada tahun 1926, bandar Ipoh dilanda banjir besar. Satu rancangan mitigasi Sungai Kinta dibuat dan pada tahun 1929 dan kerajaan British melalui syarikat yang diberi konsesi melombong, telah membina saliran baru yang mengalihkan aliran air Sg. Choh ke dalam Sg. Pinji dan memastikan aliran Sg. Choh memasuki Sg. Kinta 20km ke hilir dari kualanya yang asal di Tanjong Rambutan.

Sungai Kinta once the life-line of Kinta, was badly damaged by the mining and agricultural sectors in Kinta Valley. The deterioration of the river due to sedimentation, caused the 'record flood' in Ipoh on 24 September 1919. As the pressure from the public was mounting, an extensive flood scheme was immediately drawn up by the state engineer. The plan was to straighten the sharp bends in the Kinta River and divert the River Choh so that it would flow into the Pinji River instead of directly flowing into the Kinta River above Ipoh. The plan was shelved during the First Slump of 1919-1922. In 1924 a dam was erected above Pulai and silt traps were provided, but these soon filled up or were broken through.

In 1926 Ipoh suffered the worst-ever flood and the following year the Ipoh Flood Mitigation Scheme was inaugurated. This was an important step as making Ipoh flood-free was a pre-requisite of the town becoming the capital of Perak. The scheme was exercised in three phases (1929-1930) - construction of a channel passing through Ipoh town from Anderson Road to Kuala Pari, diversion of Sungai Choh and clearing of the Kinta River and its main tributaries. However, the large silt trap of 1.5 million cubic yards at the bed of river below Kuala Pari was unable to control the silt effectively and Ipoh’s floods continued, although they were not so serious.

- The Deviation of Sungai Kinta, Part of the Flood Mitigation Scheme - Khoo Salma Nasution & Abdur-Razzaq Lubis

Hari ini, kerugian harta benda yang tertanggung akibat banjir dari Sg. Pinji yang disambungkan dengan Sg. Choh 80 tahun lalu melebihi kerugian yang ditanggung ketika Ipoh ditenggelami banjir pada tahun 1919 dan 1926. Ditambah pula, kegiatan pembalakan di hulu Sg. Choh yang mula giat berlaku kebelakangan ini memburukkan lagi aliran Sungai Pinji di masa depan dan lebih banyak kejadian banjir mampu berlaku di sekitar Ipoh.

Maka dengan itu, mungkin telah tiba masanya untuk aliran Sungai Choh dikembalikan ke Sungai Kinta di tempat asalnya memandangkan Sg. Kinta telahpun dikawal oleh Empangan Sultan Azlan Shah di Ulu Kinta yang siap pada tahun 2007.

Terusan yang menghubungkan Sg. Choh ke Sg. Kinta boleh dibuat di kawasan asalnya, iaitu di antara Bercham dan Tanjong Rambutan yang belum dipadati pembangunan.

Kinta sebagai lembah yang landai dan bertanah lanar telah memberi huraian bahawa kawasan ini dahulunya memang tercipta untuk sentiasa dilanda banjir. Untuk melestarikan kehidupan manusia yang mula menumpu ke lembah ini sejak 150 tahun lalu, sehingga mencapai populasi hampir 1 juta jiwa hari ini, sistem pengairan yang baik dan bijak amat diperlukan.

Penduduk Taman Desa Impian, Bercham menunjuk perasaan kerana dilanda banjir akibat limpahan Sg. Pinji berpuluh-puluh kali dalam tempoh 10 tahun.

Peta lama menunjukkan aliran asal Sg. Choh ke Sg. Kinta

Kawasan hutan yang mula diganggu di hulu Sg Choh. Kelihatan Sg. Choh mengalir berlumpur akibat pembalakan di kawasan lebih hulu.

Aliran Sg. Pinji yang menanggung aliran Sg. Choh melalui hentian bas Medan Gopeng, Ipoh.

Kawasan asal pertemuan Sg. Choh - Sg. Kinta yang wajar dicadangkan pembinaan terusan dan 'mengembalikan' aliran Sg. Choh ke laluan asalnya.


No comments:

Post a Comment

Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).