Hal ini teman dah kisahkan. Tetapi akan terus teman kisahkan. Pakatan Rakyat teman cabar supaya menegah pengundi-pengundi mereka menukar tempat mengundi ke kawasan yang asing bagi pengundi tersebut. Hal ini banyak dibuat dengan menukar alamat di kad pengenalan.
Selepas itulah baru mereka layak untuk bercakap tentang pengundi hantu dan reformasi sistem pilihanraya negara ini.
Seperti kisah teman dulu, si pemandu teksi yang tinggal di Pudu Ulu selepas bersara, masih lagi menjadi pengundi di tempat teman setelah menukar alamat di kad pengenalan pada tahun 2005 sejurus sebelum bersara perkhidmatan awam.
Dia yang berselera untuk menjatuhkan Ketua UMNO Cawangan pada ketika itu, teman temui di pusat mengundi pada tahun 2008 sebagai penyokong kuat PKR. Orang luar yang ingin mencampuri urusan dalaman sesuatu kawasan dan tidak berjaya seperti ini, akhirnya memilih pakatan pembangkang sebagai pilihan di hari pengundian.
No comments:
Post a Comment
Komen anda, tanggungjawab anda. You should be held responsible for your comment(s).